
Sebagai perspektif, jarak itu ibarat 14 kali mengelilingi bumi (40,070 km) atau pergi ke bulan dan patah kembali dengan separuh perjalanan (384,400 km).
Isuzu D-Max itu dibeli dari Bob Gerard Isuzu di Leicester pada 2014 dan digunakan secara aktif oleh syarikat jualan dan servis kenderaan Aston Melton Mowbray.
Di UK, D-Max dilancarkan pada Jun 2012 dan menggantikan Rodeo. Dari segi purata, D-Max itu dipandu sejauh 70,408 km setahun.

Aston Melton Mowbray menggunakan D-Max untuk khidmat tunda dan sokongan logistik termasuk menghantar dan mengambil kenderaan di serata UK.
Dengan jarak perbatuan begitu tinggi, adakah pikap itu tidak pernah menghadapi masalah?
Setakat ini ketahanan telah terbukti dan hanya menjalani pembaikan pada pembeza belakang (rear differential) pada 2021.
D-Max itu juga tidak mengalami isu atau pembaikan besar dan masih kekal dengan enjin, kotak gear dan pelbagai komponen utama asal.

Pikap itu hanya menjalani penyelenggaran berkala dan beberapa penukaran lazim seperti tayar, brek dan cekam.
Menariknya, pikap itu bukan satu-satunya D-Max yang dimiliki dan Aston Melton Mowbray mempunyai sebuah lagi D-Max dengan jarak perbatuan lebih 321,868 km.
Sama juga, unit tersebut boleh diharap dan bebas masalah!
Penulis: Muhammad Md Tajudin