Isuzu D-Max - Ini ciri-ciri yang menjadikannya sebuah pikap bagus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Isuzu D-Max pula diperkenalkan pada tahun 2002 di Thailand. Pikap ini dipasarkan di banyak negara di dunia dengan generasi kedua dilancarkan di pasaran tempatan pada tahun 2013.

Satu perkara tentang Isuzu ialah syarikat ini pakar dalam kenderaan komersil dan mereka tahu apa yang diperlukan oleh pengguna.

Jadi tidak hairan apabila D-Max terkenal dengan dua perkara iaitu penggunaan bahan api yang cekap dan kos penyelenggaraan rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Isuzu D-Max X-Series

 

Buktinya ialah Isuzu adalah pemenang Anugerah Kecekapan Bahan Api Asean Auto sebanyak enam kali. Kenderaan Isuzu berjaya mengharungi perjalanan sejauh 1809 km dari Bangkok ke Kuala Lumpur sehingga Singapura menggunakan kurang dari setangki minyak. 

Ini bukan calang-calang pertandingan kerana ia turut diawasi dan diiktiraf oleh AAM.

Selain penggunaan bahan api yang menjimatkan, kos penyelenggaraan D-Max juga rendah. Pikap adalah kenderaan lasak dan kos penyelenggaraan juga tinggi namun tidak untuk D-Max. 

Cuba anda selidik kos servis pikap lain di pasaran, bukan biasa-biasa dan agak tinggi.

Untuk mereka yang tercari-cari sebuah pikap, di bawah kami senaraikan kelebihan Isuzu D-Max:

 

Isuzu D-Max X-Series

 

1. Ruang Dalaman Selesa

Satu isu tentang pikap ialah tahap keselesaan. Walaupun pikap hari ini mempunyai empat pintu dan mampu memuatkan ramai penumpang tidak semuanya selesa.

D-Max tidak mempunyai masalah ini, untuk pemandu alat instrumen mudah dicapai ditambah pula dengan sistem multimedia sesentuh dengan sambungan Bluetooth bagi menghubungkan telefon pintar.

Kerusi bahagian belakang pula tidak tegak malah selesa untuk penumpang. Ruang kaki juga selesa untuk digerakkan dan tidak dihimpit dengan kerusi depan.

Satu lagi keistimewaan ialah kerusi belakang yang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 untuk memuatkan pelbagai jenis barangan.

2. Keselamatan

Satu citarasa rakyat Malaysia yang harus dipuji ialah permintaan mereka terhadap kereta selamat. Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting sehingga tertubuhnya fasiliti ujian ASEAN NCAP.

D-Max turut tidak terkecuali daripada ujian pelanggaran dan keputusan pada tahun 2014 menunjukkan pikap ini memperoleh skor empat bintang.

D-Max memperolehi 11.87/16.00 markah untuk perlindungan dewasa (AOP) 71 peratus untuk perlindungan kanak-kanak (COP).

Isuzu tidak duduk diam dalam memasarkan D-Max ini dengan model terbaharu dilengkapi pelbagai fungsi keselamatan seperti dua beg udara dan ciri-ciri berikut:

  • Anti-Locking System (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) 
  • Kabin dengan besi ketegangan tinggi (HT Steel)
  • Hill-Start Assist
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Traction Control System (TCS)

 

Isuzu D-Max X-Series

 

3. Prestasi Enjin dan Kurang Bermasalah

D-Max ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu 2.5 liter dan 3.0 liter VGS Turbo Intercooler Diesel. Kedua-dua jenis enjin menggunakan teknologi suntikan terus electronic commonrail.

Enjin 2.5 liter berkuasa 136 ps pada 3,600 rpm dengan tork 320 Nm dari 1,800 rpm hingga 2,800 rpm. Enjin 3.0 liter pula berkuasa 177 ps pada 3,600 rpm dengan 380 Nm dari 1,800 rpm hingga 2,800 rpm.

Dari segi kecekapan bahan api pula, D-Max telah terbukti bagus apabila memenangi Anugerah Kecekapan Bahan Api Asean Auto dengan perjalanan sejauh 1809 km tanpa habis setangki diesel.

Satu lagi faktor penting kenapa D-Max benar-benar bagus ialah apabila ia berada di tangga teratas pikap yang paling kurang bermasalah.

Kajian J.D Power IQS (Initial Quality Study) 2017 mendapati D-Max hanya mempunyai 52 aduan untuk setiap kenderaan. D-Max berjaya menewaskan pelbagai pikap popular lain.

 

Isuzu D-Max X-Series

 

Varian Pelbagai Harga Mampu Milik

Secara asasnya Isuzu Malaysia menawarkan 12 varian D-Max dengan spesifikasi dan julat harga agar ia mampu dimiliki oleh pelbagai kategori pelanggan.

Selain itu suka juga dikongsi Isuzu Malaysia gemar menawarkan pelbagai varian istimewa dari semasa ke semasa untuk memeriahkan lagi barisan D-Max sedia ada. Di antaranya ialah D-Max Beast, Diablo dan Artic yang tampil dengan ciri-ciri tersendiri.

Berikut ialah varian Isuzu D-Max di pasaran:

Isuzu D-Max (Single Cab)

1. 2.5L 4x4 MT 

2. 3.0 L 4x4 MT

Isuzu D-Max 2.5L (Double Cab)

1. 2.5L 4x2 MT HI-RIDE

2. 2.5L 4x4 MT

3. 2.5L 4x4 MT-P

4. 2.5L 4x4 AT

Isuzu D-Max 3.0L

1. 3.0L 4x4 MT

2. 3.0L 4x4 AT

3. 3.0L 4x4 AT-P

Isuzu D-Max Z-Prestige

1. 2.5L 4x4 AT tanpa lid kargo belakang

2. 2.5L 4x4 AT dengan lid kargo belakang

3. 3.0L 4x4 AT dengan lid kargo belakang

 

Isuzu D-Max X-Series

 

Selain itu bagi meneruskan tradisi menawarkan edisi istimewa, Isuzu Malaysia pada penghujung Julai lalu telah melancarkan Isuzu D-Max X-Series yang bergaya penuh dengan aksesori luar dan dalam.

Kepada yang berminat anda harus segera kerana X-Series in hanya ditawarkan 210 unit sahaja.

Akhir sekali kepada mereka yang sedang mengintai-ngintai untuk memiliki sebuah pikap kami sarankan supaya berkunjung ke bilik pameran terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keistimewaan D-Max.

Pastikan pelaburan anda benar-benar berbaloi dan D-Max ini adalah di antara pilihan yang sesuai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Galeri Foto Isuzu D-Max X-Series

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Global
  Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…