Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35, beli dan tidak perlu buat apa-apa (UK sahaja)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35
Ada yang menunggu Isuzu D-Max baharu? Sabar menanti kerana Isuzu Malaysia telah pun mengumumkan D-Max baharu tidak akan memasuki pasaran tempatan pada tahun ini.

Thailand sememangnya istimewa kerana ia adalah hab pengeluaran global baik pikap saiz sederhana. Di United Kingdom yang merupakan negara maju pun masih menggunakan D-Max generasi kedua.

Bukan setakat tawarkan D-Max generasi kedua malah Isuzu UK baru sahaja mengumumkan D-Max Arctic Trucks AT35 yang dikemaskini. 

Varian D-Max Arctic Trucks AT35 ini sememangnya istimewa dengan pelbagai aksesori yang kelihatan seperti baru keluar kedai aksesori 4x4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2020

 

Pikap ini dilengkapi tayar 35" Nokian Rotiiva dengan roda aloi 17" x 10" AT dan arka roda lebar. Suspensi Fox pada model terdahulu digantikan dengan set Bilstein untuk mengharungi keadaan muka bumi lebih mencabar.

Turut digantikan ialah pemijak sisi dengan corak dan logo AT yang baharu. Logo tersebut diguna pada penutup hab tayar, sisi badan dan pintu kargo.

Pada bahagian dalam, kerusi balutan kulit kini dengan tambahan kontur bahagian sisi untuk lebih keselesaan.

Skrin sesentuh sembilan inci lengkap dengan fungsi navigasi satelit, Bluetooth®, DAB, Apple CarPlay™ dan Android Auto™. Halwa telinga dijamu oleh sembilan pembesar suara dan subwoofer. 

 

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2020

 

Pengguna juga disediakan kemudahan pengecas tanpa wayar untuk telefon, slot USB depan dan belakang dan slot HDMI. 

Selain kamera undur, D-Max ini dilengkapi kamera pada bampar depan bagi mengawasi kawasan titik buta. Imej tersebut ditayangkan pada skrin bagi membantu urusan parkir.

Ada enam warna ditawarkan iaitu Cosmic Black Mica, Obsidian Grey Mica, Splash White, Titanium Silver Met, Sapphire Blue Mica dan Spinel Red Mica.

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 dijual di UK pada harga GBP39,995 (RM213,016) untuk transmisi manual dan GBP40,995 (RM218,342) bagi transmisi automatik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2020

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Trak istimewa ini bukan sahaja mempunyai roda dan tayar yang lebih besar dan lebar, ia juga…
Berita Global
Perkara pertama yang dibuat oleh Arctic Trucks adalah mengukuhkan casis yang sudah tersedia tahan…