Isuzu D-Max ada tipper, pikap yang boleh angkut dan 'jack' muatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini kami paparkan mengenai Isuzu D-Max XTR Colour Edition yang tampil istimewa dengan kit badan garang.

Rupa-rupanya Isuzu di UK mempunyai pelbagai idea dalam mempelbagaikan tawaran D-Max di sana.

Jika D-Max XTR Colour Edition nampak rugged, ini pula D-Max untuk kegunaan syarikat pembinaan, arkitek landskap dan sebagainya.

Isuzu menawarkan ruang kargo dengan tipper yang juga sesuai untuk kegunaan off-road.

Model ini sebenarnya perlu diubah suai (conversion) dan Isuzu menawarkan varian D-Max Utility untuk tujuan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Isuzu D-Max tipper

 

D-Max Utility adalah pikap jenis extended cab menjadikannya sesuai untuk membawa kotak tipper berukuran 1,977 mm panjang dan 1,800 mm lebar. 

Tippadeck tersebut diperbuat daripada panel lantai aloi berketabalan 18 mm dan dinding daripada aloi ringan dengan ketinggian 300mm.

Tailboard (pintu tipper) boleh dibuka 180 darjah dan mempunyai engsel dua hala dan boleh dibuka sama ada dari atas atau bawah.

Maknanya, barang boleh diturunkan melalui pintu yang dibuka dari atas atau bawah bergantung kepada kegunaan.

 

Isuzu D-Max tipper

 

Gear tipper dan sub-rangka pula digalvani untuk lebih perlindungan dan sesendal getang dipasang supaya badan tipper tidak berkeletak dengan rangka D-Max seterusnya menggangu pemandu.

Untuk keselamatan, ada penggera dua tona yang diaktifikan apabila badan tipper dinaikkan atau diturunkan. Satu lagi aspek penting ialah perlindungan cermin belakang supaya muatan kargo tidak mengenai cermin.

Dari segi rupa luaran pula, D-Max Utility tampil untuk kerja lasak dengan bampar depan, pembuka pintu dan cermin sisi warna yang kesemuanya berwarna hitam. 

Roda pula jenis besi (lama tak dengar roda besi) saiz 16 inci dan pembeli diberi pilihan  tayar BF Goodrich All-Terrain jika mahu cengkaman lebih seperti di permukaan off-road.

 

Isuzu D-Max tipper

 

Bahagian dalam juga tampil asas dengan kelengkapan seperti soket 12 volt dan USB, simpanan bawah kerusi, penghawa dingin manual, tingkap berkuasa dan radio RDS dengan sambungan Bluetooth.

Kelengkapan keselamatan pula boleh tahan bagus seperti beg keselamatan (airbag) pemandu, penumpang dan tingkap (curtain).

Turut dilengkapi ialah Hill Start Assist, Hill Descent Control and Trailer Sway Control supaya sepadan dengan kapasiti tunda 3.5 tan.

Sasaran Isuzu untuk pikap ini tidak besar, hanya sekitar 200 unit setahun.

Pikap dengan fungsi tipper ini sebenarnya praktikal untuk kegunaan ringan dan sederhana memandangkan pemilik tidak perlu memiliki lori lebih besar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Isuzu D-Max tipper

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Global
  Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…