Isuzu D-Max 2021 rasmi dilancarkan - tujuh varian, bermula dari RM89 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap Isuzu D-Max generasi ketiga akhirnya selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia yang menampilkan rupa paras yang lebih sporti, imej yang tegap serta ciri keselesaan dan keselamatan yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isuzu D-Max generasi baharu itu dibina atas platform Dynamic Drive, di mana trak pikap ini memanfaatkan struktur ladder frame baharu yang menawarkan lebih ketahanan, serta memastikan pengendalian yang lebih cemerlang.

Selain daripada itu, jarak antara roda yang lebih panjang membolehkan enjin diposisikan lebih ke belakang roda hadapan, ditambah pula dengan talaan suspensi yang menawarkan pengendalian yang lebih dinamik, dan keselesaan kepada penumpang.

 


Varian tertinggi yang ditawarkan oleh Isuzu Malaysia adalah X-Terrain yang didatangkan dengan enjin 3.0 liter, kuasa 190 PS dan daya kilas 450 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

Antara kelengkapan yang dilengkapkan pada X-Terrain termasuklah ciri penghidup enjin jarak jauh, kunci differential belakang, tempat duduk balutan kulit dengan larasan lapan cara dan sokongan tulang belakang, serta skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Selain daripada itu, ciri keselamatan termaju turut dimuatkan seperti amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan autonomi, amaran penukaran lorong, bantuan membelok, penghindaran salah operasi pedal, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi berhenti/mula, sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, penghad kelajuan manual dan brek multi-pelanggaran.

Antara varian lain yang ditawarkan termasuklah Premium 1.9 liter 4x4 dan 3.0 liter 4x4 Auto, varian Standard 1.9 liter (150 PS/350 Nm) dengan gandingan transmisi manual atau automaik, serta model Single Cab dengan dua pilihan enjin dan transmisi.

Beberapa warna menarik untuk D-Max baharu seperti Silky White Pearl, Mercury Silver, Onyx Black dan Splash White, manakala varian X-Terrain pula datang dalam warna eksklusif Valencia Orange dan Sapphire Blue.

 


Harga jualan adalah seperti berikut:

Isuzu D-Max 1.9L Single Cab (MT)                      RM88,599.20
Isuzu D-Max 3.0L Single Cab (MT)                      RM95,538.40
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard(MT)        RM99,599.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard (AT)        RM106,999.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Premium (AT)        RM121,549.20
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab Premium (AT)        RM128,038.40
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab X-Terrain                RM141,938.40
*Jaminan selama lima tahun atau 150,000 km, kecuali varian X-Terrain dengan jaminan tujuh tahun tanpa had perbatuan

Semenjak tempahan dibuka, Isuzu Malaysia berjaya mencatatkan kira-kira 1,000 unit tempahan dan menurut Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Ringan Komersial Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki yakin mereka dapat mencapai sasaran jualan 6,400 unit seperti yang telah ditetapkan.

 


Pihak Isuzu Malaysia juga turut membuka kempen pandu uji "Breaking Boundaries" di semua pusat pameran rasmi Isuzu dengan menawarkan hadiah cenderahati serta peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga 31 Mei ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun kini kita boleh menjangkakan posisi yang bakal diduduki oleh Isuzu D-Max 2021 berdasarkan…