Isuzu D-Max 2021 generasi baharu - harga dari RM85,559-RM141,938

oleh Mohamad Hanif|
Trak Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga telah dilancarkan dan harganya bermula dari RM85,599 hingga RM141,938.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua enjin diberikan, iaitu RZ4E-TC 1.9L common-rail 4-silinder diesel dengan turbo Variable Geometry menghasilkan 150 PS dan 350 Nm (sama seperti enjin sebelum ini cuma dengan tindakan pendikit yang lebih baik) dan 4JJ3 3.0L yang menghasilkan 190PS dan 450Nm, iaitu 13 PS dan 70 Nm lebih berkuasa dari enjin 3.0L sebelum ini.

Kedua-dua enjin Isuzu ini masih menggunakan resipi yang sama - talaan yang rileks dan santai agar enjinnya lasak serta menjimatkan.

 


Penting juga untuk diketahui bahawa kedua-dua enjin Isuzu ini mampu menggunakan bio-diesel sehingga B20.

Varian-varian yang ditawarkan ialah:

Isuzu D-Max 1.9L Single Cab 4X4 - RM85,599
Isuzu D-Max 3.0L Single Cab 4X4 - RM95,538
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 MT 6-speed - RM99,599
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Standard - RM106,999
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Premium - RM121,549
Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT Premium V-Cross - RM128,038
Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT X-Terrain - RM141,938

 


Isuzu D-Max kali ini bukan calang-calang trak pikap!

Ini kerana buat pertama kalinya, Isuzu D-Max menampilkan ciri keselamatan aktif seperti amaran pra-pelanggaran hadapan serta brek kecemasan automatik (AEB) yang merupakan ciri standard dimuatkan untuk Isuzu D-Max pasaran UK dan Australia.

Ia juga turut disusuli dengan ciri-ciri menarik seperti Bantuan Membelok (Turn Assist), Mitigasi Salah Aplikasi Pedal, Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Mula Berhenti, Amaran Keluar Laluan, Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Suluhan Tinggi Automatik (AHB), Pengehad Kelajuan Manual (MSL) dan Multi Collision Brake (MCB).

 


Jika dibandingkan dengan spesifikasi Isuzu D-Max negara jiran Thailand yang hanya mendapat enam beg udara sahaja, termasuk pemantauan titik buta, RCTA, dan bantuan parkir, Isuzu D-Max pasaran Malaysia mendapat sehingga tujuh beg udara, serta kelengkapan lain seperti:

  • ABS, EBD, Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Bantuan Menurun Cerun (HDC)
  • Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Penderia parkir hadapan dan belakang
  • Kamera Undur

Waranti yang diberikan pula ialah 5 tahun atau 150,000 km (mana terdahulu) sementara varian X-Terrain pula menerima waranti paling lama dalam sejarah trak pikap Malaysia - 7 tahun tanpa had perbatuan.

Pelancaran rasmi akan dilakukan pada 26 April nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…