Menurut Kenkichi Sogo, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia berkata, "sebagai trak pikap yang mempunyai kemampuan menakjubkan, Isuzu D-Max terus menjadi pilihan bagi mereka yang bergantung untuk melakukan tugas harian yang sukar dan mencabar.

"Dengan menawarkan ciri tersebut, ia tidak hanya melindungi pelaburan mereka, malah juga memastikan kenderaan bergerak dengan selamat.
Dari segi luaran, model D-Max 1.9 liter Standard didatangkan dengan pemegang pintu dan ruang barangan belakang warna badan, berbanding warna perak sebelum ini.

Sementara ruang kabin pula skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang lengkap dengan sokongan Bluetooth, serta dua slot USB (USB-A dan USB-C) di bahagian hadapan untuk pengecasan peranti pintar.
Harga jualan Isuzu D-Max 1.9 liter Standard bermula dari RM105,599.20 (harga Semenanjung Malaysia) atas jalan tidak termasuk insurans, dan boleh didapati dengan pilihan transmisi manual atau automatik enam nisbah kelajuan.
Isuzu D-Max 1.9L Standard 2023