Isuzu D-Max 1.9L DDi Blue Power - kenapa Malaysia lambat terima? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara persoalan yang sering dikemukakan oleh peminat trak pikap tempatan ialah kenapa Isuzu lambat mahu memperkenalkan D-Max dengan enjin RZ4E 1.9L DDi Blue Power ke pasaran Malaysia.

Walaupun mempunyai kapasiti yang lebih kecil berbanding dengan enjin 2.5L 4JK1 yang digunakan oleh D-Max sekarang, enjin RZ4E TC itu memberikan 10 peratus lebih kuasa kuda dan 9.4 peratus lebih daya kilas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga lebih menjimatkan (8L/100km) dan cukai jalan yang juga jauh lebih rendah (di bawah RM400 untuk Semenanjung Malaysia).

Jadi, kenapa ia begitu lambat untuk diperkenalkan di Malaysia? 

Isuzu akhirnya memberikan jawapan sewaktu pandu uji media untuk trak pikap tersebut di Phuket, Thailand yang berlangsung sejak kelmarin.

Menurut Isamu Tateyama, Pengurus Besar Jabatan Rekabentuk Enjin bagi Pusat Teknikal Isuzu di Asia, ada tiga sebab yang menjadi dalang utama kenapa Isuzu terpaksa mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan D-Max dengan enjin yang lebih moden itu.

 

 

1. Diesel Malaysia yang berkualiti rendah

Walaupun Malaysia dianggap sebagai negara maju oleh pemimpinnya sendiri, fakta yang tidak dapat disangkal ialah Malaysia mempunyai kualiti bahan api yang paling rendah di rantau ini.

Isuzu memperkenalkan enjin 1.9L itu untuk D-Max bagi pasaran Thailand sejak tahun 2015 kerana Thailand sudah mula menggunakan piawaian kadar asap Euro 4 sejak tahun 2014 lagi.

Malah, pengumuman itu sudah dilakukan oleh kerajaan Thailand sejak tahun 2012, cukup untuk pemain industri di neagra itu untuk bersedia dengan perancangan perniagaan mereka.

Isuzu terpaksa membuat penalaan baharu dan setting yang selamat bagi membolehkan enjin 1.9L DDi itu boleh menggunakan bahan api Euro 2M di Malaysia.

Kajian itu mengambil masa yang lama kerana Isuzu mahu memastikan enjin itu mampu membawa elemen tradisional Isuzu - daya tahan lasak yang tinggi.

 

dmax rear

 

2. Keadaan bentuk mukabumi Malaysia lebih mencabar

Tidak seperti Thailand, Malaysia mempunyai laluan-laluan yang berbukit bukau dan berada di ketinggian sehingga 1,700 meter dari paras laut.

Kebanyakan jalanraya di Thailand pula lebih kepada tanah rendah dan rata, kurang mencabar untuk mana-mana jenis enjin.

Dipadankan dengan masalah kualiti bahan api Euro 2M Malaysia, Isuzu perlu menguji dan memastikan enjin 1.9L ini benar-benar lasak.

Apa yang Isuzu lakukan ialah menguji enjin RZ4E di dalam makmal selama 3,500 jam, dengan menggunakan bahan api dari Malaysia.

Selepas itu, Isuzu memandu uji D-Max dengan enjin itu di kawasan Genting Highland, Cameron Highlands, Tambunan dan Kundasang.

Setelah bahagian teknikal Isuzu berpuas hati dengan prestasi dan kelasakan enjin itu, baharulah perancangan untuk memperkenalkannya secara rasmi dibincangkan.
 

 

 

3. Tindakan menggunakan biodiesel B20 untuk Malaysia

Tidak cukup dengan bahanapi diesel yang berada di Euro 2M, sekali lagi negara dengan tiga syarikat kereta nasional ini melakukan kejutan dengan mengambil keputusan untuk memperkenalkan biodiesel Euro2M B20 tanpa memberikan masa untuk syarikat automotif bersedia.

Isuzu terpaksa menguji enjin 1.9L dengan biodiesel B20 dan akhirnya mengambil keputusan bahawa enjin tersebut perlu dipasang dengan dua penapis bahanapi.

Pre-fuel filter itu perlu digantikan sama seperti penapis bahanapi biasa.

 

 

Selepas ketiga-tiga rintangan ini berjaya diatasi secara teknikal, baharulah Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa D-Max dengan enjin 1.9L DDi Blue Power akan dilancarkan pada 18 September ini.

Harganya akan hanya diumumkan pada hari pelancaran tetapi oleh kerana D-Max 1.9L ini bakal menggantikan D-Max 2.5L, Careta syak harganya antara lebih kurang sama seperti sekarang.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Global
  Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…