Isuzu catat rekod jualan tertinggi untuk trak pikap D-Max, 9211 unit terjual tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia menutup tirai tahun 2022 dengan prestasi jualan tertinggi setakat ini untuk trak pikap Isuzu D-Max.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 9,211 unit trak pikap D-Max telah berjaya dijual, menjadikan ia satu rekod terbaru mengatasi rekod terdahulu dengan jumlah jualan 6,480 unit pada tahun 2016.

Angka tersebut banyak disumbangkan oleh model D-Max 1.9 liter (79 peratus) yang terbukti cekap dan kos penggunaan yang rendah, selain membawakan ciri kelengkapan dan keselamatan yang lebih meyakinkan.

Daripada jumlah tersebut, 55 peratus datangnya dari pasaran Semenanjung Malaysia.
 

isuzu


Varian X-Terrain yang baharu dilancarkan turut mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan, di mana sebanyak 877 unit telah berjaya diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Dengan semua model yang ada ini diberi penarafan lima-bintang untuk ASEAN NCAP, barisan Isuzu D-Max turut menawarkan kelegaan fikiran, terutama melalui varian X-Terrain yang diberikan jaminan tanpa had selama tujuh-tahun, yang pertama seumpamanya untuk trak pikap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuka Okazoe berkata, “Walaupun berdepan dengan kekurangan stok dari kilang, Isuzu D-Max generasi ketiga mencapai tahap membanggakan dari segi penembusan pasaran. Dengan rekaan menawan dan segar, generasi terkini Isuzu D-Max membawakan tahap baru dalam keselesaan pemanduan trak pikap, tanpa mengorbankan warisan dan ketahanan sedia ada Isuzu. Ia benar-benar mewakili semangat sebuah trak pikap moden."
 

isuzu


“Fokus kami tahun ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal positif dalam usaha kami untuk memendekkan tempoh menunggu dan memperluaskan rangkaian. Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kesabaran mereka, serta kepada rakan niaga yang telah banyak membantu kami untuk menjadi pelopor walaupun berdepan cabaran bekalan kenderaan yang terhad,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…