Isuzu buka pusat 3S di Taiping

oleh SALINA JALIL|
Isuzu Malaysia Sdn Bhd mengumumkan pelancaran cawangan pengedar 3S Isuzu terbaharu di Taiping untuk menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan dan perniagaan di sekitar daerah Matang.


Majlis perlancaran telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura. Cawangan terbaharu ini dikendalikan oleh GB Motors itu terletak di Jalan Simpang, Taiping.

Pusat 3S ini mempunyai keluasan 5,300 meter persegi dan menawarkan perkhidmatan jualan hingga perkhidmatan lepas jualan, bagi semua barisan model Isuzu, bermula dengan D-Max hinggalah kepada trak tugasan sederhana dan berat. 


Nakamura meluahkan rasa berbesar hati untuk mengalu-alukan Kumpulan Goh Brothers ke dalam keluarga Isuzu dan yakin dengan cara pengurusan syarikat itu serta perancangan yang berkesan, mereka akan menjadi aset penting kepada jenama Isuzu. 

 

"Sebagai satu daripada rangkaian jualan automotif yang mandiri sejak 25 tahun lalu, saya percaya bahawa cawangan ini akan menawarkan perkhidmatan profesional dan memenuhi keperluan populasi perniagaan yang semakin berkembang di Taiping," jelas Nakamura.
 

 

Cawangan GB Motors ini dibina di bangunan berkeluasan 1,400 meter persegi yang menempatkan bilik pameran serta ruang menunggu.

 

Ketua Pengedar GB Motors, Goh Chern Earn pula berterima kasih kepada Isuzu di atas keyakinan yang diberikan kepada syarikat itu, dan turut berjanji untuk melonjakkan lagi reputasi cemerlang jenama itu dengan cara memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.


Bagi meraikan perlantikan sebagai pusat 3S Isuzu, GB Motors akan mengadakan kempen pandu uji selama sebulan bermula 24 Oktober hingga 23 November 2020 ini, di mana 100 pelanggan pertama yang memandu uji mana-mana model Isuzu di bilik pameran berkenaan akan menerima hadiah cenderahati misteri. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Goh Brothers di @IsuzuGB atau layari laman www.isuzu.net.my, Facebook @IsuzuTrucksMalaysia, @ISUZU.DMax atau hubungi 1-300-88-1133.
 

 

ceremony

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pelantikan baharu ini, ini bermakna Didi akan mengambil alih hak pengedaran daripada SNH…
Berita Domestik
Jenama Moto Morini merupakan salah satu daripada 10 jenama motosikal terbaik di Eropah, dengan…
Berita Domestik
    Dinamikjaya Motors ialah anak syarikat Bermaz Auto yang telah mengambil alih pengedaran…