Isu tiga bulan gaji tertunggak, pemandu bas di Negeri Sembila cadang mogok

oleh SALINA JALIL|
Lebih 80 pemandu sebuah syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas henti-henti di Negeri Sembilan bercadang mengadakan mogok kerana mendakwa gaji mereka sudah tertunggak selama tiga bulan.

Syarikat berkenaan mempunyai 85 pemandu dan difahamkan semua bersetuju menyertai mogok yang dirancang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Wakil mereka, Rosmala Mansor, 49, berkata mogok itu akan diadakan dalam masa terdekat di Seremban, Nilai dan Port Dickson bagi mendesak pengurusan syarikat menyelesaikan tunggakan gaji pemandu.

 

“Kami sudah membuat beberapa aduan kepada pengurusan syarikat, pejabat Menteri Besar dan Kementerian Pengangkutan, namun masalah ini masih berterusan. Sejak isu ini mula kecoh baru-baru ini, majikan bersetuju bayar gaji, namun hanya RM800 diterima untuk tempoh tunggakan tiga bulan.

 

“Malah, bayaran elaun dan kerja lebih masa sehingga hari ini masih belum terima,” katanya ketika ditemui BH.

 

Rosmala berkata, walaupun masalah itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu, pemandu masih terus berkhidmat seperti biasa.

 

“Bagaimanapun, lama-kelamaan kami hilang semangat nak bekerja. Namun, memikirkan keperluan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam ini, kami terus menjalankan tugas.

 

“Kini, kami sudah hilang sabar dan merancang mengadakan mogok,” katanya.

 

Jika mogok berkenaan diadakan, ia adalah yang kedua membabitkan perkhidmatan bas henti-henti di negara ini selepas operasi pengangkutan awam itu di Kelantan lumpuh pada 17 Disember lalu selepas 100 pemandu mogok, dipercayai kerana tidak menerima gaji selama beberapa bulan.

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Berita Domestik
"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi…