Isu 'tapau' nasi ganja: Pemilik helikopter ada dokumen lengkap

oleh SALINA JALIL|
Pemilik helikopter yang mengambil 36 bungkus “nasi ganja” di Padang Ipoh baru-baru ini berkata, beliau akan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat kesahan penerbangan itu dan “semua dokumen dalam keadaan teratur”.


“Tak banyak yang boleh saya katakan, kecuali ia adalah pengambilan (yang dibuat) pantas,” kata Mohamed Raffe Chekku semasa ditemu bual oleh pihak FMT

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Saya telah melantik peguam untuk menangani hal ini dan kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya.”

 

Raffe, Pengarah Urusan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), menjadi perhatian ramai selepas tersebar di media sosial kisah seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang dikatakan menempah 36 bungkus “nasi ganja” dengan menggunakan perkhidmatan helikopter Bell 505 Jumaat lalu.

 

Warganet mempertikaikan sama ada penerbangan tersebut dibenarkan agensi berkaitan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

 

Seorang juruterbang berpengalaman yang mengusahakan syarikat perkhidmatan helikopter berkata, penerbangan itu mungkin tidak melanggar sekatan PKP kerana ruang udara tidak ditutup.

 

Katanya, perjalanan helikopter antara negeri itu adalah sah selagi pengendali mempunyai pelan penerbangan yang diluluskan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), permit polis untuk membuat perjalanan dan surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Tiada juruterbang yang akan berlepas tanpa semua dokumen yang diperlukan, katanya, kerana jika berlaku sebarang insiden, mereka berdepan implikasi serius.

 

Seorang lagi juruterbang senior berkata, terdapat khabar angin yang tersebar dalam kalangan fraterniti penerbangan bahawa helikopter berkenaan yang disewakan oleh pemiliknya kepada Systematic Air Services (SAS) beroperasi dari Tanjung Rambutan membawa kakitangan perubatan ke kawasan pedalaman untuk memberi vaksin kepada Orang Asli.

 

“Setahu kami, SAS diberi kontrak tersebut dan melakukan (kerja-kerja berkenaan) sejak sebulan lalu. Menurut mereka, helikopter itu mengambil 36 bungkusan (‘nasi ganja’) itu dalam perjalanan pulang ke Subang,” katanya lagi.

 

 

 

Beliau berkata, helikopter boleh mendarat di mana sahaja asalkan mendapat kebenaran pengawal trafik udara dan kebenaran ini selalunya akan diberikan selagi tiada ancaman keselamatan.

 

Juruterbang itu berkata, beliau sendiri pernah mendarat di Padang Ipoh “puluhan kali” untuk memuat atau menurunkan peralatan atau penumpang semasa menjalankan tugasnya yang lain.

 

“Sejujurnya, saya tidak pasti apa yang dikecohkan kerana apa yang mereka lakukan adalah sah jika mendapat kebenaran pengawal trafik udara.

 

“Mesti syarikat itu mendapat kebenaran untuk melakukan perjalanan antara negeri kerana mereka mempunyai kontrak vaksinasi dengan kerajaan,” katanya.

 

Polis sebelum ini berkata, mereka telah mengenal pasti individu dan syarikat yang terlibat dalam insiden berkenaan dan akan merakam kenyataan mereka tidak lama lagi.

 

Individu terbabit termasuk seorang “Datuk” yang mempunyai kaitan dengan helikopter berkenaan dan pemilik restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh itu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SAS Ida Adora Ismail berkata, tiada krunya yang terlibat dalam pengambilan bungkusan makanan itu.

 

“Walaupun kami mengesahkan bahawa pesawat tersebut dalam perjanjian sewa dengan kami, penerbangan ke Ipoh berkenaan adalah penerbangan peribadi yang dibuat pemilik bersama penumpangnya dari Lapangan Terbang Subang ke Ipoh dan kembali,” katanya dalam kenyataan.

 

CAAM telah memulakan siasatan untuk menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan penerbangan tempatan.

 

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…