Isu struktur paparan iklan haram tumbang - LLM sudah lama berbincang dengan PBT

oleh HEZERI SAMSURI|
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini memberitahu Careta bahawa sebagai agensi yang mengawalselia lebuhraya di dalam negara, pihak LLM sering mengadakan pertemuan dan perbincangan secara proaktif dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan struktur paparan iklan yang berada di luar rizab lebuhraya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut siaran akhbar yang menjawab artikel Careta sebelum ini, LLM berkata walaupun pemantauan terhadap struktur paparan iklan di luar rizab lebuhraya terletak di bawah bidang kuasa agensi lain, LLM mengambil sikap proaktif untuk turun dan berjumpa serta berhubung dengan PBT berkaitain.

"Semua tindakan ini adalah usaha serius LLM untuk menangani pemasangan struktur paparan iklan di luar rizab lebuh raya terutamanya yang dipasang tanpa kelulusan mana-mana pihak berkuasa," menurut siaran akhbar LLM.

 

 

 

LLM juga berkongsi maklumat berkaitan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tke atas struktur-struktur paparan iklan tanpa kelulusan di sekitar Kajang dan Bangi telah diadakan beberapa kali pada tahun 2018.

LLM dan syarikat konsesi turut serta dalam membantu kelancaran operasi tersebut.

Pada 10 April 2019, LLM telah duduk berbincang bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan( KPKT) yang bertanggungjawab terhadap semua PBT berkaitan isu struktur paparan iklan di luar rizab lebuhraya.

Mesyuarat tersebut telah diatur lebih awal sebelum insiden struktur paparan iklan runtuh di sekitar Bangi pada 7 April lalu.

 

 

LLM turut berasa kesal dengan insiden tersebut kerana tindakan tidak bertanggungjawab terhadap pemasangan struktur paparan iklan tanpa kelulusan ini jelas menjejaskan keselamatan pengguna lebuhraya.

Menurut LLM lagi, mereka dan PBT serta syarikat konsesi lebuhraya akan membuat pemantauan berterusan dan berkala untuk membanteras struktur paparan iklan yang didirkan tanpa kelulusan di luar rizab lebuhraya.

Nampaknya hukuman yang dikenakan oleh pihak kerajaan tidak begitu berat atau mungkin tiada hukuman dikenakan kerana paparan-paparan iklan haram ini masih terus berdiri megah di sepanjang lebuhraya.

LLM jelas nampak tidak mempunyai kuasa ke atas kawasan di luar rizab lebuhraya. 

Kini terpulang kepada PBT samada mereka mahu menjaga keselamatan rakyat atau tidak.

Apa pendapat anda? 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…