Isu spring injap enjin diesel - kempen recall Mazda libatkan 640k unit sedunia!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Motor Corp mengumumkan perancangan untuk memanggil kembali sejumlah 640,000 unit kenderaan di seluruh dunia yang menggunakan enjin diesel.

Kempen panggil semula (recall) tersebut adalah untuk menyelesaikan isu penggantian spring injap yang digunakan di dalam unit enjin diesel. 

Menurut Mazda, terdapat kira-kira 230,000 buah kenderaan mereka yang bernadikan diesel di Jepun, manakala untuk pasaran global pula terdapat 410,000 unit tidak termasuk di Amerika Syarikat di mana mereka tidak lagi menjual model diesel.

Sebelum ini, rakan senegara Subaru juga mengambil langkah yang serupa disebabkan isu rekaan yang tidak sempurna pada spring injap yang digunakan, menyebabkan hampir 400,000 unit kenderaan mereka di seluruh dunia terjejas akibat alat yang sama - REUTERS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…