Isu sistem gantungan patah: Agensi kerajaan US periksa 115,000 Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) telah memulakan siasatan rasmi terhadap lebih kurang 115,000 kenderaan buatan Tesla kerana isu keselamatan yang membabitkan sistem gantungan hadapan.

Menurut NHTSA, ia mahu menilai semula Tesla Model S tahun 2015-2017 dan Model X tahun 2016-2017 selepas menerima 43 aduan mengenai kegagalan sistem gantungan hadapan kenderaan-kenderaan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Agensi itu juga berkata Tesla pernah mengutarakan satu buletin servis yang menerangkan cara pembuatan yang mungkin akan menyebabkan kegagalan sistem gantungan itu.

NHTSA menerangkan dari 43 aduan yang diterima, 32 mengadu kegagalan semasa memandu pada kelajuan rendah ketika sedang memarkir kenderaan sementara 11 lagi ketika sedang memandu.

Aduan juga semakin meningkat dan tiga insiden terbaharu berlaku ketika dipandu laju.

Dalam bulan Oktober lalu, Tesla melakukan panggil-semula untuk 30,000 unit kenderaan di China kerana isu yang sama kerana jalanraya di negara itu tidak sebaik di US.

Tesla juga berkata panggil-semula tidak diperlukan di US kerana masalah itu jarang berlaku dan tidak ada satu pun kes yang menyebabkan kematian.

Malaysia tidak mempunyai agensi seperti NHTSA yang memastikan panggil-semula dilakukan dan siasatan dibuat secara serius. 

Kenderaan-kenderaan yang diimport secara tidak rasmi di Malaysia juga tidak ada perjanjian hitam-putih siapa yang akan bertanggung-jawab dalam kes-kes panggil semula ini.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…