Isu servis Persona lebih murah dari Bezza - Perodua tunjuk bukti informasi salah 

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua hari ini memberikan penjelasan yang lebih tepat akan harga servis Bezza yang dikatakan lebih tinggi dari Proton Persona.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Awal minggu ini Proton menampilkan perbandingan kos servis antara Proton Persona 2019 dengan Perodua Bezza dan menurut Proton, kos menyelenggara Persona 2019 adalah 32 peratus atau RM1,235.80 lebih murah secara purata untuk tempoh lima tahun berbanding dengan sedan pertama Perodua itu.

Menurut Datuk Dr Zahari Husin, perkiraan itu jauh meleset dan tidak menggunakan butiran yang tepat. 

Proton didapati membandingkan kos penyelenggaraan Persona menurut buku servis atau manual pemiliknya tetapi untuk Bezza, ia dikira menggunakan kos Penyelenggaraan Pencegahan (Pro Care) yang dikira sebagai pilihan (optional), bukannya yang mengikut jadual seperti di dalam buku servis kenderaan tersebut.

Pakej Pro-Care termasuk penjajaran tayar dan keseimbangan, penyelenggaraan penyaman udara dan penggantian komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan dan ketenangan fikiran pemilik.

Dalam erti kata lain, Proton menggunakan harga servis paling asas untuk Persona dan membandingkan dengan kos servis Pro-Care untuk Bezza, bukan servis asas.

Di bawah ialah jadual penyelenggaraan lima tahun untuk Perodua Bezza menurut buku servisnya.

 

 

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kos servis untuk Bezza bagi tahun kelima hanya RM44 atau 1.4 peratus, bukannya 32 peratus seperti yang didakwa oleh Proton.

Kos penyelenggaraan lima tahun untuk Bezza ialah RM3,095.38 dan kos penyelenggaraan untuk tempoh yang sama bagi Proton Persona ialah RM3,051.91. 

Perodua Bezza menggunakan pelincir gred 0W-20 untuk Bezza berbanding dengan 10W-30 untuk Persona.

Selain dari itu, Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin yang lebih lancar.

Malah, seperti yang ditunjukan, pemilik Bezza membayar kos servis RM239.55 lebih rendah berbanding dari pemilik Persona pada tahun ketiga.

Bezza menggunakan enjin 1.0L dan 1.3L yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh pihak kerajaan.

Bezza 1.0L Manual berpotensi untuk bergerak 22.8 km/l, varian terbaik dalam keluarga Bezza. 

Bezza 1.0L bergerak 21.3 km/l. Manakala bagi Bezza 1.3L, ianya bergerak sejauh 21.7 km/l bagi manual dan 21 km/l bagi auto. 

Untuk 1.3 Bezza Advance Auto yang dilengkapi dengan Eco Idle, ekonomi bahan api adalah pada 22 km/l dalam mod ECE.

Careta dan beberapa media lain menyiarkan berita dakwaan servis Persona jauh lebih murah dari Bezza berdasarkan slaid yang ditunjukan kepada media sewaktu sesi pengenalan Persona 2019.

* Baca laporan awal mengenai Proton dakwa kos servis Persona lebih murah dari Bezza dan Honda City pada pautan ini.

 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…