Isu recall Mazda - 2 pengguna tempatan terbabit

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua unit kenderaan Mazda3 di Malaysia terbabit dalam kempen panggil semula (recall) yang diumumkan oleh Mazda di Amerika Syarikat (US) baru-baru ini.

Kempen itu ialah berkaitan logo Mazda pada stereng yang mungkin tercabut dan mengenai muka bila beg udara beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 260,915 unit Mazda3 dari tahun 2004 sehingga 2007 di US akan dipanggil semula untuk penukaran komponen yang sepatutnya.

Careta mengajukan soalan tersebut kepada Bermaz, wakil Mazda di Malaysia dan hasil siasatan mereka mendapat dua unit Mazda3 terbabit dengan kempen tersebut.

Bermaz akan menguruskan kemasukan komponen tersebut dari Mazda di Jepun dan kos penggantian kakan ditanggung sepenuhnya oleh Mazda.

Bermaz berkata kedua-dua unit itu bukan dijual oleh Bermaz tetapi oleh wakil Mazda sebelum ini. Namun begitu, rekod penjualan masih wujud dan Bermaz akan menghubungi pemilik-pemilik terbabit.

Ini adalah antara kelebihan utama kenderaan yang dibeli dari pengedar dan pengimpot rasmi kerana mereka akan membantu memastikan kempen panggil semula dilakukan secara profesional.

 


 

 

Di Malaysia, isu kempen panggil semula oleh kenderaan import terpakai atau "recond" masih belum jelas dan dalam banyak kes, tidak ada sesiapa yang akan menghubungi pemilik-pemilik terbabit kerana:

1. Bukan semua penjual kenderaan recond ada hubungan dengan pengimport atau pengedar rasmi, dan kerana itu mereka tidak tahu ada kempen panggil semula.

2. Kos pemasangan dan penghantaran komponen gantian kemungkinan besar ditanggung oleh pengguna kerana kenderaan dibawa masuk bukan menerusi saluran rasmi.

3. Komponen mungkin lebih lambat sampai kerana ia menggunakan komponen yang berbeza dengan unit yang dijual secara rasmi di Malaysia dan perlu dipesan secara berasingan.

4. Tidak ada sebarang undang-undang yang mewajibkan penjual kenderaan bertanggung-jawab dengan kempen panggil semula di negara ini. Namun begitu, untuk pengedar dan pengimpot rasmi, syarikat induk sendiri yang akan memastikan ia dilakukan demi menjaga nama baik jenama.

Mungkin perumpamaan "alah membeli menang memakai" adalah paling sesuai untuk digunakan dalam isu ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…