Isu pencemaran udara - Sepanyol mahu haramkan kereta lama daripada memasuki bandar

oleh Mohamad Hanif|
Pihak berkuasa Sepanyol telah memperkenalkan sekatan terbaru kepada kenderaan lama daripada memasuki kawasan bandar dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran sehingga 40%.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peraturan baharu itu juga dijangka mampu mengurangkan pencemaran bunyi yang terhasil, dan menggalakkan lagi inisiatif berbasikal di kalangan para penduduk di dalam bandar. 

Dimulakan dengan ibu negara Madrid, mana-mana kenderaan yang ingkar dengan peraturan tersebut bakal dikenakan denda sebanyak €90 (RM425).

Sama seperti inisiatif larangan terhadap motosikal, pihak berkuasa juga menetapkan label kepada mana-mana kenderaan mengikut kadar pengeluaran emisi dan tahun pengeluaran, di mana kenderaan hibrid dengan pelekat 'eco'  dibenarkan untuk memasuki bandar tanpa sebarang sekatan. 
 


Manakala bagi kenderaan yang diproduksikan sebelum tahun 2000 dan 2006 bagi enjin diesel hanya dibenarkan masuk sekiranya mereka berdaftar terlebih dahulu dan mempunyai akses kepada parkir peribadi. 

Bermula daripada tahun 2020, kenderaan lama seperti contoh yang disebutkan di atas tidak lagi dibenarkan untuk memasuki kawasan bandar Madrid. 

Peraturan baharu ini juga bakal dikuatkuasakan di kesemua 138 buah bandar di seluruh negara Sepanyol tidak lama lagi. 

Rata-rata penduduk di sana menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar pencemaran akibat kenderaan di dalam bandar, malah menurut undian yang dijalankan, sokongan terhadap sekatan ini melonjak kepada 78%, membuktikan mereka benar-benar mahukan sebuah bandar yang bersih dan sihat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah lain pula ceritanya. Menurut laporan Periodismo del Motor, produksi kenderaan di kilang…
Berita Global
  Kerajaan Sepanyol menyifatkan langkah syarikat itu amat membimbangkan.   Menurut jurucakap…
Berita Global
Nissan seperti contoh melaksanakan projek "Second Life" dengan mengumpulkan pek-pek bateri terpakai…