Isu pemandu e-hailing ambil penumpang di KLIA 2 - Pengurusan terminal tidak aktifkan palang automatik 'Touch N Go'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bermula Jumaat lalu, pengendali terminal klia 2 telah membuat beberapa perubahan dalam peraturan pengambilan penumpang dan menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pemandu e-hailing.


Dalam memo yang dikeluarkan Khamis oleh RACG Sdn Bhd selaku pengendali, di antara perubahan yang dilakukan ialah penggunaan sistem 'Touch n Go' yang mengehadkan masa menunggu dan mengenakan caj tambahan.


Caj tambahan RM2 dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang di Pintu 5 KLIA 2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Memo tersebut juga menyatakan semua kenderaan e-hailing perlu membuat pusingan semula apabila tempoh masa yang diberikan tamat, dan pemandu perlu memastikan mempunyai baki sekurang-kurangnya RM20 dalam kad Touch n' Go mereka.


Tetapi dalam hantaran di Facebook hari ini (Ahad), pihak pengurusan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) hari ini (Ahad) bersetuju untuk tidak mengaktifkan penggunaan palang automatik 'Touch N Go' sehingga penyelesaian menyeluruh dimeterai kelak.


Berita Harian melaporkan bahawa Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia, Jose Rizal, berkata ia adalah langkah penyelesaian jangka pendek yang dicapai hasil pertemuan pengurusan terminal bersama pihaknya dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Dalam perjumpaan tersebut mereka telah membincangkan isu caj tambahan RM2 yang dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang e-hailing di Pintu 5, KLIA 2 yang dikuatkuasakan Jumaat lalu.


Tetapi melalui kenyataan di Facebook, pihak pengurusan terminal iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad, WCT Malls Management SB, Segi Astana SB dan RA Consult Global Sdn Bhd (RACG Sdn Bhd) telah memberi respon segera dan bersetuju untuk tidak mengaktifkan penggunaan palang automatik 'touch n go' bermula hari ini (Ahad)," katanya.


Cadangan, pendekatan serta tindakan susulan untuk menyelesaikan isu yang dikemukakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…