Isu pelanggaran hak harta intelek - Haval H6 tiru Honda CR-V rupanya!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga hari ini kami masih tidak pasti berapakah jumlah sebenar pengeluar automotif yang bertapak di sana.

Dan jika anda rajin mengikuti kemas kini daripada laman-laman web automotif China, anda akan perasan dalam seminggu atau sebulan, pasti akan muncul satu jenama yang anda tidak pernah mendengarnya sebelum ini. 

Jadi, kebanjiran pengeluar automotif ditambah pula dengan insentif yang diberikan menimbulkan satu masalah yang sinonim dengan Tanah Besar China, isu hak harta intelek. 

Sebelum ini, Range Rover telah berjaya membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh Jiangling Motors terang-terang salah, dan mereka (Jiangling) terpaksa menghentikan serta-merta produksi dan pemasaran Land Wind X7 di China. 
 


Terbaharu, Honda pula mengheret Great Wall Motors ke mahkamah di China atas alasan pelanggaran dua hak paten yang didapati pada Haval H6, model penyumbang jualan paling laris untuk 72 bulan. 

Menariknya, Honda membeli sebuah unit Haval H6 yang telah dikemaskini di pusat 4S Beijing dan setelah 'bedah siasat' dilakukan, mereka mendapati terdapat persamaan di antara mekanisma pintu belakang pada kedua-dua model tersebut. 

Jadi ini memaksa Great Wall Motors untuk menghentikan serta-merta apa yang telah mereka jalankan, termasuklah fasa produksi, penjualan dan GWM perlu memusnahkan segala lukisan kejuruteraan, peralatan dan acuan yang mereka miliki. 

Selain daripada itu, Great Wall Motors perlu membayar pampasan kepada Honda sebanyak RMB 22.14 juta (RM13.34 juta). 
 


Walaupun jumlah tersebut bukanlah satu masalah besar bagi Great Wall Motors, namun dengan arahan menghentikan produksi model paling laris kini mendatangkan kesan yang ketara kepada operasi dan penjualan bulanan. 

Secara kasarnya, struktur Haval H6 memang mempunyai persamaan dengan Honda CR-V, namun pengeluar dari China itu lebih suka menggelarkannya sebagai pembangunan berbalik (reverse development). 

Sebut pasal Honda CR-V, sebelum ini Honda juga turut sama mengheret Shuanghuan Auto yang menghasilkan S-RV yang terang-terang merupakan satu peniruan daripada SUV Honda itu. 
 

Shuanghuan S-RV. Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya? 

Pada ketika ini, Honda walaupun mempunyai bukti yang sangat kukuh, mereka sebenarnya kalah dalam tuntutan terhadap Shuanghuan Auto namun, situasi selepas kes ini nyata mengejutkan ramai pihak. 

Walaupun Honda terpaksa membayar pampasan berjumlah 16 juta yuan, reputasi Shuanghuan Auto akhirnya terjejas teruk sekaligus mengakibatkan kesan yang buruk kepada rekod penjualan mereka. 

Sehinggalah pada tahun 2016, Shuanghuan Auto diarahkan oleh Menteri Industri dan Teknologi Informasi China supaya menutup operasi serta-merta akibat kegagalan untuk memenuhi keperluan produksi mandatori untuk dua tahun berturut-turut.

Sumber: China Car News

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan terbaharu daripada CarBuzz menemukan pendaftaran hak serta tanda dagang "Integra Type S"…