Isu pam minyak: Toyota panggil semula 700,000 kenderaan mereka di pasaran Amerika Utara sahaja

oleh SALINA JALIL|

UMW Toyota Motor Sdn Bhd memaklumkan kepada Careta bahawa isu panggilan semula pam minyak (fuel pump) ini cuma untuk pasaran Amerika Utara sahaja dan tidak membabitkan pasaran Asia. 

 

Laporan dari CNN menyatakan bahawa Toyota akan memanggil balik hampir 700,000 kenderaan Toyota dan Lexus di Amerika Syarikat kerana permasalahan dengan pam minyak (fuel pump)


Mereka turut melaporkan bahawa sekiranya pam minyak tersebut berhenti berfungsi secara tiba-tiba, ia akan menyebabkan kegagalan enjin berfungsi secara keseluruhan. 


"Jika kenderaan sedang dipandu pada kelajuan yang tinggi, kegagalan pam minyak berfungsi akan menyebabkan risiko kemalangan," kata syarikat tersebut.


Toyota mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat isu tersebut dan akan memaklumkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat selewat-lewatnya pada bulan Mac nanti. 

 


Model kenderaan yang terlibat adalah:

 

i.      Lexus LS 500, LC 500, RC 350, RC 300, GS 350, IS 300, ES 350, LX 570, GX 460 dan RX 350 - tahun keluaran 2018-2019  


ii.     Lexus NX 300, RX 350L, and GS 300 - beberapa keluaran tertentu  tahun 2019



iii.    Toyota 4Runner, Camry, Highlander, Land Cruiser, Sequoia, Sienna, Tacoma, and Tundra - beberapa keluaran tertentu tahun 2018-2019 

 


iv.     Toyota Avalon dan Corolla - keluaran tahun 2019

 

 

Kepada pemilik kenderaan Lexus dan Toyota di Malaysia, anda jangan panik dan gusar, Careta telah menghubungi UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan maklumbalas mereka adalah seperti yang dinyatakan di atas.

 

 

Sumber: CNN

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tatkala dunia kini dibanjiri dengan trend pemilikan crossover dan SUV, jentera off-road yang lama…
Gaya Hidup
Apa kata luangkan masa terluang anda dengan melayan seni kertas papercraft kereta bertemakan liveri…
Berita Global
Sama seperti adiknya GR Yaris, Toyota GR Corolla akan didatangkan dengan enjin G16E-GTS tiga…