Isu pam bahan api: Toyota panggil kembali 5.84 juta kenderaan di US

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Rabu lalu, Toyota Motor Corp telah memperluaskan lagi kempen panggil semula yang kini merangkumi kira-kira 5.84 juta unit kenderaan atas risiko kegagalan pam bahan api berfungsi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut Toyota, kempen terbaharu ini menambah kira-kira 1.52 juta unit kenderaan yang terjual di Amerika Syarikat kepada kempen terdahulu yang diumumkan pada Januari yang lalu.

Antara model kenderaan yang terjejas termasuklah:

  • Lexus LS 460 (2013-2015)
  • Lexus GS 350 (2013-2015)
  • Lexus RX 350 (2017-2020)
  • Toyota Highlander (2017-2019)
  • Toyota Sienna (2017-2020)
  • Toyota Avalon (2018-2020)
  • Toyota Camry (2018-2020)
  • Toyota Corolla (2018-2020)
  • Toyota Sequoia (2018-2020)
  • Toyota Tacoma (2018-2020)
  • Toyota Tundra (2018-2020)
  • Toyota RAV4 (2019-2020)

Tambah Toyota lagi, kenderaan yang dilengkapi dengan pam bahan api yang bermasalah tersebut berkemungkinan besar akan berhenti di tengah jalan, berhenti berfungsi dan sukar untuk dihidupkan semula.

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Dalam laporan terbaharu daripada Reuters, agensi National Highway Traffic Safety Administration (…
Berita Domestik
Ia merupakan sambungan dari panggilan semula umum yang dilakukan pada bulan April lepas, di mana…