Isu Pam Bahan Api: Panggilan semula 19,685 kenderaan Mazda keluaran 2017 dan 2019

oleh SALINA JALIL|
Bermaz Motor telah mengeluarkan arahan panggilan semula untuk 19,685 unit kenderaan Mazda yang dijual di Malaysia. Model-model yang terlibat adalah Mazda2, Mazda 3, Mazda6, CX-3, CX-5 dan CX-9, keluaran tahun 2017 dan 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Berikut merupakan jumlah dan model yang terlibat:-

 

Model

Jumlah yang terlibat

Mazda2

2,028 unit

Mazda3

1,441 unit

Mazda6

13 unit

Mazda CX-3

381 unit

Mazda CX-5

15,780 unit

Mazda CX-9

42 unit

 

Panggilan semula ini dilakukan untuk menggantikan pam bahan api (fuel pump) bermasalah di mana ia  boleh mengakibatkan enjin kenderaan mati secara tiba-tiba.

 

Menurut Bermaz, panggilan semula ini sejajar dengan langkah sama yang diambil oleh Mazda Motor Corporation di China, rantau ASEAN, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean.

 

Isu ini bukan sahaja menjejaskan kenderaan Mazda sahaja tetapi beberapa jenama dari negara Jepun yang lain turut mengalami masalah yang sama seperti Toyota dan Honda. 

 

Bermaz Motor menggesa pemilik yang terlibat untuk menghubungi pusat servis Bermaz yang bertauliah dan membuat janji temu. Para pemilik juga akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dan perkhidmatan pesanan pendek SMS. 

 

Penggantian pam bahan api adalah percuma dan semua kos yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Bermaz Motor. Proses penggantian mengambil masa kira-kira 1.5 jam atau lebih bergantung kepada model dan keadaan di pusat servis semasa janji temu.

 

Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat.

 

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai panggilan semula ini menerusi pautan https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dibawakan oleh Mazda bukanlah bersifat pengganti, akan tetapi lebih kepada…
Berita Global
Ini bermakna, selain daripada logo Mazda dan emblem Mazda2 di hadapan dan belakang, ia masih lagi…
Berita Global
Namun untuk pasaran Eropah, Mazda diberitakan akan memasarkan model Mazda2 dengan menggunakan asas…