"Kami ingin menarik perhatian penduduk yang berkaitan dengan isu mat rempit, terutamanya di Perbandaran Elmina West. Laporan mat rempit yang mengganggu biasanya meningkat pada hujung minggu dan cuti umum tetap menjadi kebimbangan.
"Kami ingin meyakinkan penduduk, kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap mat rempit ini.
"Polis Bantuan kami akan terus meningkatkan rondaan di lokasi panas dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mat rempit ini sepanjang tahun," katanya.