Isu lampu membelok bertukar warna merah jambu - Mercedes USA panggil kembali model GLC

oleh Mohamad Hanif|
Apabila kereta semakin canggih dan sarat dengan peralatan teknologi terkini, kereta bukan sekadar berfungsi sebagai sebuah kotak yang membawa penumpang dari titik A ke titik B, ia lebih daripada sebuah komputer gergasi kompleks yang mempunyai empat buah roda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jadi, apabila salah satu sistem keselamatan tidak berfungsi, sedikit kemas kini adalah perlu untuk mengembalikan fungsi kepada sedia kala, sama seperti seorang pakar mengerjakan sebuah laptop/komputer yang lembap menjalankan kerja kembali kepada kelajuan asal.


Itulah yang berlaku pada salah satu kes daripada tiga kempen panggil semula yang dijalankan oleh Mercedes-Benz yang melibatkan sistem pemantauan pengekalan laluan aktif yang tidak memberikan amaran atau membetulkan laluan kenderaan apabila kelajuan melebihi 105 km/j. 

Isu ini melibatkan hampir 375 buah kenderaan prestasi AMG (sedan, coupe dan convertible) di Amerika Syarikat dan menurut Mercedes, sedikit kemas kini perisian adalah diperlukan untuk membetulkan kembali fungsi yang terjejas itu. 

Recall kedua pula melibatkan 22 buah Mercedes-AMG E63 S sedan di mana tempat duduk hadapan tidak boleh dilaras mengikut kehendak pemandu dan penumpang dan memerlukan bantuan pakar teknikal untuk memastikan punca sebenar di sebalik masalah tersebut. 
 


Manakala recall ketiga ini pula sedikit pelik dan agak jarang didengari merangkumi 4,702 buah model crossover GLC termasuklah model AMG GLC 43, GLC 43 Coupe, GLC300 dan GLC350e apabila lampu membelok jenis LED didapati menghasilkan warna merah jambu dan bukannya warna amber yang sepatutnya. 

Solusinya? Penggantian modul LED yang terjejas.  

Menurut Mercedes cawangan US, ketiga-tiga kempen panggil semula ini akan mula dijalankan pada bulan hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ia juga mempunyai sistem stereng 4-roda dan Kangaroo ini juga mempunyai jarak lega bumi yang…
Berita Global
Namun, apa yang menjengkelkan ialah sikap sesetengah masyarakat yang enggan menggunakan ciri…