Isu Kos Tinggi LRT Pulau Pinang Tetap Diteruskan

oleh Qalif Latif|
Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang menjadi tumpuan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kekal diteruskan dengan justifikasi kukuh, meskipun dibangkitkan isu kos oleh Ahli Parlimen Padang Serai.

Dalam sesi perbahasan, YB Padang Serai mempersoalkan kos tinggi projek tersebut dan menyarankan supaya peruntukan berkenaan digunakan bagi membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3).

Menjawab persoalan itu, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook menjelaskan bahawa Laluan Mutiara dirangka secara menyeluruh untuk memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk di Pulau Pinang, Seberang Perai, Kedah selatan dan Perak utara, selain 3.5 juta pengunjung serta pelancong setiap tahun.

LRT pp

Laluan berkenaan melibatkan jajaran dari Pulau Silikon ke KOMTAR (23.7 km) dengan sambungan Macallum ke Penang Sentral (5.78 km) melalui jambatan keretapi 3.06 km merentasi Selat Pulau Pinang.

Usaha membangunkan pengangkutan rel ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang, tetapi juga penting untuk mengekalkan momentum ekonomi di Koridor Utara. Ia turut memberi kemudahan kepada pengguna KTM dari Perlis, Kedah dan utara Perak yang bekerja di Pulau Pinang,” jelas beliau di Dewan Rakyat.

YB Loke menambah, projek infrastruktur rel bandar berskala besar ini telah melalui Pengurusan Nilai (Value Management) termasuk Kajian Makmal Nilai dan Kajian Kejuruteraan Nilai, bagi memastikan kos yang dilaburkan benar-benar optimum dan memberi impak positif kepada rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak meminggirkan keperluan Pantai Timur, dengan projek ECRL sepanjang 665 km tetap dilaksanakan untuk menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang menjelang 2027.

Ini membuktikan pembangunan pengangkutan awam utama tidak hanya tertumpu di kawasan maju, sebaliknya kerajaan mengutamakan keseimbangan wilayah untuk semua,” ujarnya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, jenayah kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia memberi…
Berita Domestik
Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika proses pertukaran landasan apabila gerabak pertama…
Berita Domestik
Beliau berkata, ketika ini tiada sebarang perubahan dasar diputuskan kerana kerajaan masih…