Isu konsesi lebuhraya - Menteri tidak tahu perancangan baharu kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, akhbar The News Straits Time (NST) telah melaporkan bahawa kerajaan telah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih konsesi 15 buah lebuhraya, termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Menteri Kerja Raya, Baru Bian tidak menyedari perancangan baharu kerajaan untuk mengambil alih konsesi 15 buah lebuhraya. 

Ketika disoal oleh Theedgemarkets.com, beliau menjawab, "Maaf, saya tidak tahu wujudnya perancangan tersebut."

Sementara itu, laporan sebuah lagi akhbar The Star kini menyatakan bahawa Khazanah sudah pun menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bersama-sama beberapa permohonan daripada pelbagai pihak. 

Walaubagaimanapun, ia terserah kepada kerajaan untuk mempertimbangkan dan memilih cadangan mana yang bersesuaian. 
 


Memetik sumber yang rapat dengan kerajaan, NST melaporkan kerajaan mahu mengambil alih lebuhraya yang dimiliki oleh PLUS Malaysia Bhd bernilai RM30.8 billion, lebuhraya Prolintas sebanyak RM3.1 billion, Gamuda (RM5.6 billion) dan IJM Corp Bhd (RM2.7 billion). 

Laporan tersebut antara lain turut menyebut Khazanah bakal menubuhkan sebuah entiti tujuan khas (SPV) yang dinamakan sebagai "Highway Trust" dan akan bertindak bagi pihak kerajaan untuk membeli semua konsesi tol lebuhraya. 

Apabila kesemua pihak bersetuju dengan nilai yang ditawarkan, SPV ini akan mengeluarkan kertas hutang kekal bernilai RM30.1 billion (Kertas A) manakala sebahagian lagi bernilai RM12.7 billion kepada pemegang konsesi (Kertas B). 

Secara ringkasnya, SPV akan membeli konsesi dengan wang tunai RM10 billion dan hutang sebanyak RM20.1 billion, kedua-duanya menerusi Kertas A.

Manakala baki selebihnya RM12.7 billion pula menerusi Kertas B. 

Pemegang kertas hutang ini boleh menyimpannya untuk tujuan pendapatan berulang, atau menjualnya kepada pasaran terbuka.
 


Menurut laporan NST itu lagi, cadangan ini dilihat sebagai satu alternatif terbaik kepada cadangan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuhraya yang berkait dengan Gamuda sebanyak RM6.2 billion, serta tawaran Maju Holdings untuk mengambil alih PLUS. 

Sebelum ini Kementerian Kewangan sudah pun mengemukakan cadangan untuk mengambil alih Lebuhraya Damansara Puchong, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan juga terowong SMART untuk nilai keseluruhan RM6.2 billion yang dimiliki oleh Gamuda. 

Manakala untuk cadangan daripada Maju Holding pula, tiada sebarang butiran lanjut yang diperoleh buat masa ini, namun pada tahun 2017 kumpulan tersebut pernah menawarkan bidaan RM36 billion untuk mengambil alih PLUS. 

Sumber: The Edge Markets, The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dengan merujuk kepada cadangan tarikh pelaksanaannya iaitu 1 Februari 2020, pihak kami sedang…
Berita Domestik
Lim juga berkata kerajaan perlu segera membuat keputusan kerana kerajaan telah membekukan semua…
Berita Domestik
Sumber tersebut mengesahkan terdapat tawaran daripada RRJ Capital untuk memperoleh pegangan…