Isu kereta pajak - jangan terjebak

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seramai 23 orang pemilik kenderaan yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan berkumpul di premis simpanan kereta di Kajang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mereka diketuai oleh Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.

Yusuf berkata kepada Harian Metro bahawa perkhidmatan trak tunda dari luar terpaksa digunakan kerana syarikat menunda di kawasan itu tiba-tiba enggan menunda kenderaan-kenderaan tersebut atas alasan diugut oleh syarikat pajakan tersebut.

PPIM berkata kenderaan mula ditunda keluar pada jam 6 petang.

Harian Metro melaporkan PPIM menerima lebih dari 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan yang didalangi oleh lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata modus operandi yang digunakan ialah skim sambung bayar menerusi satu perjanjian yang tidak membawa apa-apa nilai.

Apa yang terjadi pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang dipajak itu akan mempunyai penyewa dan pemilik kenderaan tidak akan mempunyai masalah pembayaran pinjam kenderaan itu dengan pihak bank.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pemilik menerima notis dari pihak bank akan tunggakan bayaran berbulan-bulan.

Kami di pihak Careta menyokong penuh bantuan dan nasihat dari PPIM dan kami sarankan jika anda menyokong PPIM, dengar nasihat dari mereka.

Kami sendiri di Careta acapkali ditanya akan syarikat pajakan begini dan nasihat kami tetap sama, jangan.

Sekiranya ada masalah pembayaran dengan pihak bank, segera berhubung dengan bank. Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Setiap pinjaman ada kontrak dan di dalam kontrak, kenderaan persendirian tidak boleh dipajak, disewakan atau diniagakan.

Melanggar kontrak ialah satu kesalahan dan ini menyusahkan apabila berlaku isu begini.

Kami sendiri pernah dikecam dan dituduh oleh operator syarikat pajakan yang berkata kami tidak faham konsepnya. Namun bila kami katakan kami akan siarkan keterangan mereka dan kami akan minta pendapat pihak bank, semuanya senyap.

Tidak ada konsep penyewa atas penyewa dari segi undang-undang dan tidak ada surat kontrak yang boleh “over ride” kontrak asal dengan pihak bank.

Pihak bank memberi pinjaman kepada kita atas dasar kapasiti kewangan kita, bukan atas dasar kapasiti syarikat pemajak. Risiko pihak bank ialah kepada diri kita, dan kita tidak ada hak untuk memindahkan risiko itu kepada syarikat pemajak.

Berita Berkenaan

Informasi
  Bagaimanapun, katanya, penyerahan hak-hak di bawah perjanjian sewa beli adalah dibenarkan di…