Isu kekurangan cip, Toyota bagi kunci kereta mekanikal sebagai kunci pendua di Jepun

oleh Penyumbang Rencana 2|
Antara ciri-ciri moden pada kenderaan masa kini ialah penggunaan teknologi kunci pintar atau tanpa kunci yang memudahkan pengguna untuk mengakses kenderaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kekurangan cip pada peringkat global telah mengakibatkan kelewatan terhadap penghasilan dan penghantaran kereta.

Hal ini menyebabkan pelanggan yang menempah kereta terpaksa menunggu sehingga berbulan lamanya.

Seperti yang terjadi pada pasaran di Malaysia, pelanggan yang menempah model-model tertentu jenama Proton dan Perodua terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kereta mereka.

Pada 27 Oktober 2022,Toyota Motor Corp telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggantikan salah satu dari dua kunci pintar elektronik dengan kunci mekanikal buat masa ini bagi pelanggan di Jepun.

Hal ini berlaku kerana Toyota berusaha untuk mengejar masa bagi menghantar kereta kepada pelanggan yang telah menunggu.

Dalam satu kenyataan bagi memohon maaf atas kesulitan, Toyota menjelaskan, “Disebabkan kekurangan semikonduktor yang berterusan, ini adalah langkah sementara yang bertujuan untuk menghantar kereta kepada pelanggan secepat mungkin”.

"Bagi kunci pintar yang kedua, kami akan menghantarnya kepada pelanggan sebaik sahaja ianya telah tersedia".

Toyota pada tahun ini telah dilanda dengan pelbagai musibah seperti bencana alam dan perkara lain yang menambah masalah mereka.

Pembuat kenderaan jenama Toyota dan Lexus itu juga memberitahu bahawa mereka mungkin tidak dapat mencapai sasaran produksi 9.7 juta kenderaan yang telah ditetapkan sebelum ini. 

Sumber: Reuters
Penulis: Ahmad Danial Yasin
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu hantaran di forum Bimmerfest, seorang pengguna forum mendedahkan BMW sudah pun memulakan…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, syarikat Jepun itu akan menghentikan sementara produksi di kesemua…
Berita Global
Namun, ada di antara mereka yang masih lagi meneruskan produksi, namun terdapat sesetengah…