Isu jual semula Land Cruiser - Toyota Jepun keluar kenyataan rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Land Cruiser ternyata popular apabila berjaya mencatatkan tempahan melebihi 22,000 unit di tanah air Jepun dalam tempoh satu bulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Disebabkan populariti SUV off-road itu, Toyota dilaporkan mengenakan syarat baharu kepada para pemilik dengan melarang penjualan semula Land Cruiser dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pengedaran, berdasarkan laporan daripada Mag-X.

Malah, pra-tempahan untuk SUV itu telah pun dihentikan dan para pemilik perlu menandatangani perjanjian untuk tidak menjual semula SUV itu ke pasaran eksport.

Dalam satu laporan terbaharu, Mag-X berjaya mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak Toyota berhubung pelaksanaan peraturan tersebut.

Menurut Toyota, ketika menjual kenderaan kepada pelanggan, para pengedar dan Toyota Motor Corp tidak terus menghentikan proses jualan, akan tetapi sebaliknya terus membina hubungan rapat dengan pelanggan yang turut merangkumi khidmat selepas jualan dalam usaha untuk melindungi keselamatan pelanggan.

 

 

Tambah Toyota lagi, mereka juga sedar akan situasi di mana ada kenderaan yang serta-merta dieksport ke luar setelah pelancaran ke pasaran tertentu.

"Sekiranya sesebuah pengedar Toyota didapati terlibat melanggar Undang-undang Perdagangan Asing dan Pertukaran Asing, bukan sahaja pengedar Toyota tersebut yang akan terlibat, malah keseluruhan pengedar Toyota akan disiasat. Ini akan menjadi satu masalah besar kepada para pengedar dan Toyota Motor Corp itu sendiri.

"Sebagai sebuah pengeluar yang membekalkan kenderaan, Toyota Motor Corp telah mengarahkan kesemua pengedar di seluruh negara untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan.

"Langkah ini diambil berdasarkan situasi global semasa serta ciri-ciri yang ditawarkan oleh Land Cruiser, dan kami percaya setiap pengedar tidak akan melanggar undang-undang anti-monopoli.

Sumber: Mag-X

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…