Isu jalan berlubang - Produk Stone Mastic Asphalt mampu selesaikan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap inovasi turapan jalan menggunakan produk Stone Mastic Asphalt (SMA), dapat digunakan secara meluas di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata produk campuran plastik terpakai yang dikenali sebagai SMA20-Plastic Modified Binder, dapat menyelesaikan masalah jalan berlubang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Produk berkenaan adalah hasil inovasi PETRONAS Research Sdn Bhd (PRSB), yang sudah diluluskan menerusi ujian lapangan pada 23 April lalu.

Ketahanan produk itu telah terbukti apabila mampu mengatasi masalah jalan berlubang serta dapat meningkatkan daya tahan terhadap aluran serta bebanan kenderaan berat.

Jalan Persekutuan FT185 di Tanah Tinggi Lojing menjadi lokasi pertama mengguna pakai bahan tersebut.

Diturap sepanjang 200 meter dan dalam tempoh setahun 10 bulan, tiada kerosakan dikesan.

"Walaupun kosnya sedikit tinggi tetapi jika ia dilaksanakan secara besar-besaran, saya kira kosnya akan turun. Ia satu perkara yang baik untuk negara kita," kata Ahmad Maslan pada Sabtu.

 

Artikel sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Tindakan baik pulih akan dilaksanakan segera," katanya. Sementara itu, DBKL memaklumkan petugas…
Berita Domestik
“Hasil semakan mendapati lokasi jalan raya yang tular itu adalah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…