Pihak MIROS ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang usaha atau dasar kerajaan untuk mengharamkan penggunaan motosikal berkapasiti rendah di bawah 250cc di Malaysia pada ketika ini.
Walaupun Encik Shahrim Tamrin adalah ahli lembaga MIROS, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Encik Shahrim Tamrin adalah pandangan peribadi beliau sebagai aktivis keselamatan dan tidak mewakili pandangan rasmi MIROS.
MIROS sentiasa mengutamakan mobiliti yang selamat (safe mobility) untuk semua pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal di Malaysia.
Di antara dasar dan program mobiliti selamat yang telah dilaksanakan untuk pengguna motosikal ialah termasuk dasar mewajibkan penggunaan lampu hadapan motosikal ketika menunggang (ride bright), pembinaan lorong khas untuk motosikal, advokasi dan penguatkuasaan undang-undang pemakaian topi keledar keselamatan, serta pemakaian penunggangan yang selamat