Isu enjin boxer mati lagi - Agensi keselamatan mahu kempen recall BRZ, FR-S dihentikan di US

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampaknya, para pemilik Scion FR-S dan Subaru BRZ di benua Amerika menghadapi masalah baharu apabila kempen recall yang dijalankan sebelum ini mengakibatkan enjin mati sejurus selepas proses pembaikan dilakukan. 

Lewat tahun lalu, Subaru telah membuat kempen panggil semula melibatkan hampir 400,000 unit kenderaan - Impreza, Forester, BRZ dan Scion FR-S - akibat spring injap yang bermasalah dan boleh membuatkan operasi enjin terhenti. 

Namun begitu, kempen recall tersebut tidak berjaya menyelesaikan masalah yang timbul apabila segelintir daripada pemilik Scion FR-S dan Subaru BRZ melaporkan mereka mengalami masalah enjin yang kronik menerusi laman forum FT86Club

Malah menurut forum itu lagi, sehingga kini terdapat 38 buah Scion FR-S dan tujuh buah Subaru BRZ yang didapati terjejas, termasuklah sebuah FR-S yang musnah dalam kebakaran. 
 


Kes ini kemudian mendapat perhatian daripada Center for Auto Safety yang mahukan pihak berkuasa National Highway Traffic Safety Agency (NHTSA) untuk menghentikan kempen recall tersebut. 

Malah, Pengarah Eksekutif Center for Auto Safety, Jason Levine mengarang e-mail kepada Automotive News menggesa NHTSA untuk mengambil tindakan terhadap kempen panggil semula yang tidak menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan para pemilik model tersebut.

"Toyota, Subaru dan Scion perlu menghentikan kempen panggil semula dan membekalkan sebuah kereta pinjam kepada setiap pemilik sehinggalah masalah tersebut selesai," tambah beliau. 

Toyota menerusi satu e-mail balasan kepada laman web The Drive berjanji akan terus menyiasat perkara ini di samping menggalakkan para pemilik untuk menghantar kereta yang terjejas untuk tujuan pembaikan. 

Manakala Subaru pula dalam satu kenyataan yang lain kini sedang mengesan nombor VIN kereta yang terjejas selepas proses pembaikan dilakukan. 
 

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…