Isu ECU beg udara - Toyota Rush di Malaysia tidak terlibat

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, terdapat laporan media yang menyebut kempen panggil semula unit Toyota Rush di Filipina disebabkan kegagalan ECU beg udara untuk berfungsi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ia berpunca daripada masalah pengaturcaraan modul kawalan beg udara, sehingga menyebabkan beg udara sisi mungkin meletus walaupun kenderaan tidak berada di dalam situasi kemalangan. 

Mengikut laporan AutoIndustriya, difahamkan kira-kira 60,000 unit Toyota Rush terjejas akibat masalah ini. 

Namun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan daripada UMW Toyota, unit Toyota Rush di Malaysia tidak terjejas sama sekali. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…
Informasi
Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah…
Informasi
Lebih dari sekadar slogan baharu, Move Your World ini merangkum matlamat Toyota untuk…