Isu beg udara ZF-TRW gagal berfungsi - Hyundai, Kia Amerika hadapi saman mahkamah!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap Hyundai Amerika Utara dan Kia Motors Amerika yang mendakwa kedua-dua syarikat Korea tersebut gagal memberitahu pelanggan mereka berkenaan kenderaan yang mempunyai unit beg udara yang terjejas. 

Menurut laporan daripada Autonews, tuntutan yang dibuat pada Isnin minggu lalu oleh dua orang pembeli kereta mendapati beg udara di dalam kereta mereka tidak dibaiki atau diganti apabila mereka membeli kenderaan tersebut. 

Unit beg udara yang dimaksudkan dibuat oleh pembekal TRW dan ZF Friedrichshafen. 

Difahamkan terdapat kenderaan Hyundai dan Kia yang dilengkapi dengan beg udara yang tidak meletus ketika pelanggaran berlaku kerana unit kawalan terganggu akibat kuasa elektrik berlebihan yang dikenakan. 

Kesannya, beg udara tidak meletus dan tali pinggang tidak mampu untuk menahan (restrain) penumpang daripada terpelanting keluar, sekaligus meningkatkan risiko kecederaan. 

Michael Hernandez dan Tammy Tyler, plaintif di dalam kes pendakwaan ini mendakwa mereka tidak akan meneruskan pembelian kenderaan mereka sekiranya mereka tahu bahawa unit beg udara di dalam kenderaan mereka bermasalah. 

 

 

Antara kenderaan yang dikatakan terjejas kerana kes ini termasuklah: 

  • Kia Forte 2013
  • Kia Forte Koup 2013
  • Kia Optima 2013-2019
  • Kia Optima Hybrid 2012-2016
  • Kia Sedona 2014
  • Hyundai Sonata 2013-2019
  • Hyundai Sonata Hybrid 2013-2019

Menurut peguam David Stellings, firma undang-undang sedang menyiasat perkara ini, termasuklah memperoleh data daripada NHTSA, sebuah badan penguatkuasa undang-undang keselamatan untuk menganalisis data unit beg udara ZF-TRW yang terjejas. 

Ini termasuklah menghubungi pengeluar automotif (selain Kia dan Hyundai) yang menggunakan unit beg udara dari pembekal yang sama. 

Wakil Hyundai, Michael Stewart ketika ditemubual Automotive News memberitahu bahawa syarikat tersebut telah menjalankan kempen panggil semula setiap kereta yang terjejas akibat isu beg udara ini. 

 


Walaubagaimanapun, wakil daripada Kia Motors Amerika dan ZF-TRW enggan mengulas perihal isu yang dibangkitkan ini.

Sumber: Automotive News