Isu bayaran RM2 untuk masuk ke Thailand akan disiasat

oleh DIANA ISMADI|

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelancong-pelancong dari Malaysia yang hendak masuk ke Thailand untuk membayar RM2 kepada pegawai Imigresen di Sadao bagi mempercepatkan proses untuk masuk ke Thailad.

 

Panel pencegah rasuah kerajaan Thailand kini bakal menyiasat aduan yang telah diterima berikutan perkara ini. Ramai pelancong dari Malaysia membuat aduan mereka harus membayar RM2 sekiranya ingin masuk ke Thailand.

 

Pegawai Imigresen di pusat pemeriksaan sempadan menegaskan bahawa mereka tidak menuntut sebarang pemberian tunai yang disebut “Sin Namjai” dari pelancong Malaysia.

 

Dalam amalan sebenar, setiap pelancong yang masuk dari Malaysia diberitahu untuk memasukkan RM2 ke dalam passport untuk memudahkan laluan mereka melalui pos pemeriksaan Imigresen.

 

Sesetengan pelancong telah memberitahu pemberita Thai PBS yang mereka tidak keberatan untuk membayar RM2 kerana ia hanyalag jumlah yang kecil.