Isu bas Nadi Putra tidak boleh berulang lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejadian di mana perkhidmatan bas Nadi Putra yang tergendala selama dua hari akibat salah faham antara syarikat operator dan pemandu-pemandunya tidak boleh berlaku lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perkhidmatan bas tersebut lumpuh pada 13 dan 14 Ogos lalu. Semasa laporan ini ditulis, notis tersebut masih lagi terpampang di laman web Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn Bhd (PAPTT, pemilik Nadi Putra), dan dengan jelas menyebut ia mengalami permasalahan dengan pemandu yang tidak mahu bekerja.

 

 

Ia mula beroperasi kembali pada 15 Ogos selepas Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mengarahkan Nadi Putra untuk menyelesaikan isu dengan pemandu-pemandunya.

Menurut Khalid, 23 pemandu Nadi Putra telah dipecat dan insiden itu membawa kepada pemandu-pemandu yang lain mogok kerana tidak bersetuju dengan tindakan itu.

PAPTT kemudiannya bersetuju menarik balik surat penamatan perkidmatan itu yang dikeluarkan secara tidak sah.

Ia adalah hasil rundingan selama sejam antara PAPTT dan TanSri Zainal Rampak, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia yang berlangsung di hadapan Khalid Jali, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

 

 

Kesatuan Pemandu Bas Nadi Putra menafikan kenyataan pihak pengurusan PAPTT yang mendakwa perkhidmatan bas awam itu tergendala kerana tindakan pemandu yang tidak mahu bekerja.

Beliau sebaliknya berkata 23 pemandu bas itu diberhentikan serta-merta tanpa sebarang notis awal susulan tindakan mereka melaporkan isu penyelewangan dan salah guna syarikat kepada SPRM pada hari Selasa lalu.

Isu perkhidmatan bas Nadi Putra merosot telah dilaporkan oleh Berita Harian sejak minggu lalu. Akhbar itu menyatakan hanya lapan laluan sahaja yang beroperasi dari 52 laluan pada awal penubuhannya.

Nadi Putra pada awalnya ialah anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya tetapi diserahkan kepada syarikat swasta sepenuhnya sebelum Pilihanraya Umum ke-14.

Pengangkutan awam ialah nadi untuk rakyat dan ia perlu diutamakan sebelum kita mahukan status negara maju atau menubuhkan syarikat-syarikat nasional atau membina menara-menara tertinggi di galaksi Bimasakti ini. 

*Gambar dari The Star (gambar utama) dan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Global
Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit…