Isu bahan karsinogen pada peranti pengecas, Volkswagen panggil kembali kereta hibrid, EV

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen mungkin terpaksa memanggil kembali hampir 124,000 unit kereta hibrid dan elektrik disebabkan penggunaan bahan penyebab kanser yang terdapat pada bahagian bateri, iaitu cadmium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan cadmium adalah biasa pada komponen elektrik yang terdapat pada televisyen, namun ia adalah dilarang sama sekali untuk digunakan pada komponen kereta. 

Hasil dapatan ini dibongkar oleh akhbar mingguan Jerman Wirtschaftswoche yang mendakwa terdapat syarikat pembekal yang tidak dikenali telah menghantar pengecas bateri yang mengandungi cadmium kepada syarikat pengeluar dari Jerman itu.

Menurut laporan itu lagi, pengecas elektrik tersebut boleh didapati pada sebilangan kenderaan elektrik dan hibrid Volkswagen, Audi dan Porsche yang diproduksikan pada tahun 2013 sehingga Jun 2018. 

Sebuah lagi laporan yang dikeluarkan oleh The Local menyebut kenderaan yang "terjejas" akibat cadmium sebenarnya tidak mendatangkan bahaya kepada para pemandu oleh kerana kandungan 0.008 gram cadmium itu dilindung dengan kemas daripada udara. 

Walaubagaimanapun, pihak Volkswagen mengambil langkah selamat dengan menghentikan tempahan Golf GTE pada Mei lalu selepas pendedahan dibuat. 

 


Fasa produksi untuk kenderaan elektrik dan hibrid di dalam Kumpulan Volkswagen telah dimulakan semula dengan menggantikan komponen yang terjejas dengan komponen baharu daripada pembekal alternatif. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…