Isteri terima 3 jahitan gara-gara tercalarkan BMW suami - Seberang Perai

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhbar Kosmo melaporkan seorang isteri dimaki-hamun dan dipukul oleh suaminya sehingga terpaksa menerima tiga jahitan akibat menyebabkan BMW milik suaminya tercalar.

Kejadian jam 5.15 petang semalam di sebuah pangsapuri di Butterworth itu menyaksikan kepala wanita berusia 40-tahun itu terluka serta tangan dan matanya lebam disyakki dihentak dengan objek keras.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor menerangkan kejadian itu disebabkan suspek (suami) tidak berpuas hati terhadap isterinya kerana memandu BMW tersebut sehingga menyebabkan kemalangan kecil. 

Pertengkaran mulut itu berakhir dengan sisuami menarik rambut (?) dan memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan kerusi, sebelum meolak dan menghentak kepala wanita itu pada dinding.

Polis sedang mencari lelaki tersebut yang berusia 42 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

* Berita asal dari Kosmo Online

** Gambar utama cuma gambar hiasan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari kenderaan yang wujud dari platform Neue Klasse, BMW akan menggunakan awalan 'i' untuk…
Berita Global
Bagaimana pula dengan BMW? Menurut laporan terbaharu daripada CarExpert, BMW dilihat mahu…
Berita Global
Paling mencuri tumpuan (dan sedikit tak masuk akal) ialah fungsi pemanas tempat duduk di mana…