Isian petrol percuma untuk motosikal bawah 150cc di Kepong esok!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengguna motosikal 150cc ke bawah boleh mendapatkan isian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, program tersebut merupakan anjuran Parti Amanah Kepong dengan kerjasama pejabatnya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri ini.

"Ini adalah inisiatif Amanah Kepong bersama pejabat saya untuk memberi token dalam bentuk petrol percuma kepada penunggang motosikal 150cc ke bawah menjelang sambutan Aidilfitiri ini," katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Lip Eng berkata, pihaknya memilih penunggang motosikal bawah 150cc berikutan kebanyakan daripada mereka merupakan golongan B40 dan langkah ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan pada musim perayaan ini.

Beliau berkata, mengikut pengalaman lalu, dianggarkan sekitar 2,000 penunggang motosikal memperoleh manfaat hasil daripada inisiatif pemberian petrol percuma tersebut.

"Jadi untuk tahun ini kita harap penunggang motosikal bawah 150cc dapat datang ke Caltex Batu 8 bermula 12 tengah hari esok bagi mendapatkan petrol percuma ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sumbangan petrol percuma ini adalah hasil sumbangan Yayasan Pahang dan  kakitangan yang…