Bagi setiap liter minyak yang diisi di mana-mana stesen Shell seluruh negara pada 22, 23 dan 24 Jun (Khamis, Jumaat dan Sabtu), Shell akan mendermakan satu sen (RM0.01) kepada lima pertubuhan kebajikan yang terpilih di seluruh negara. Sumbangan ini akan memanfaatkan kanak-kanak di bawah jagaan: Pertubuhan MyKasih (Kuala Lumpur & Sabah), BOLD Association for Children with Special Needs (Pulau Pinang), Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal (Johor Bahru), Kelab Balkis (Kelantan), dan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Sarawak). Dana akan digunakan untuk program-program pembangunan yang perlu bagi memastikan pembelajaran kanak-kanak serta pembentukkan kemahiran baru mereka terpelihara.
Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd & Shell Timur Sdn Bhd berkongsi inspirasi di sebalik Kempen Amal Raya Shell 2017:
"Di Shell, misi kami adalah untuk memperbaikan perjalanan hidup rakyat Malaysia. Kami ingin meninggalkan kesan positif terhadap komuniti terutamanya di kawasan yang kami beroperasi. Kami berpendapat bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Demikian itu, kami ingin menyumbang kepada usaha program yang sedia-ada. Kami berharap ini akan mendorong orang lain untuk turut berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik."
(Gambar diatas) Joari Mohamad Jaafar, pengurus senior daerah (Central) Shell Malaysia menjemput orangramai menyertai Kempen Amal Raya Shell.
Sejak penubuhannya dua tahun yang lalu, tumpuan Kempen Amal Raya Shell 2017 adalah untuk memperluaskan tahap keupayaan kanak-kanak kurang bernasib baik. Atas jasa baik rakyat Malaysia, dana yang disalurkan kepada organisasi kebajikan kanak-kanak telah membantu menyediakan program pendidikan tambahan, aktiviti pengubahsuaian kemudahan dan mempertingkatkan peralatan pejabat.
"Kami ingin memberi galakkan dan keupayaan, serta membantu membina masa depan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Setakat ini, Kempen Amal Raya Shell telah membantu lebih daripada 4,500 kanak-kanak kurang bernasib baik. Ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan rakyat Malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami sekali lagi dalam memperkembangkan dan memperbaiki inisiatif ini. Kami berharap apabila anda mengisi bahan api kenderaan di stesen Shell, ia akan membawa lebih makna kepada anda dan seisi keluarga menjelang musim perayaan ini. Kongsikanlah akiviti kempen Shell ini dengan keluarga dan rakan anda," ujar Shairan.