Iriz dan Persona 2019 didedahkan kepada umum di Malaysia Autoshow 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Iriz dan Proton Persona 2019 akhirnya didedahkan, di mana kedua-dua model yang ditambahbaik itu telah membuat penampilan umum di Pameran Auto Malaysia di Serdang, hari ini. Kereta-kereta tersebut telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, diiringi Dato' Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON serta Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Iriz dan Persona 2019 telah dipertontonkan kepada media pada Februari dan Mac yang lalu serta turut diperlihatkan kepada pelanggan terpilih semasa acara yang diadakan pada hujung minggu di cawangan-cawangan PROTON yang tertentu.

 


Namun, pada hari ini, pelanggan-pelanggan yang datang berpeluang untuk melihat buat pertama kali model hatchback dan sedan keluarga ini dengan lebih dekat.

Kedua-dua kereta itu telah mendapat rekaan baharu, hasil dari kerjasama antara kumpulan Reka Bentuk PROTON dan perekapereka dari studio reka bentuk Geely lain di seluruh dunia.

Ciri-ciri baharu lain termasuklah ethereal bow serta corak infinite weave yang telah dipadankan pada gril hadapan serta bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk rodanya.

 


Pada bahagian dalam, PROTON telah memasang unit stereo pintar bagi varian Premium 1.6AT, ciri pertama dalam kelasnya yang menggunakan kad eSIM untuk memastikan kereta tersebut kekal bersambung ke Internet.

Turut ditawarkan adalah aplikasi bagi penstriman muzik, navigasi dan pengecaman suara serta turut boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16GB.

Pengguna telefon pintar Android juga akan dapat menikmati aplikasi sambungan yang mudah, membolehkan mereka mengakses data yang disimpan pada peranti mudah alih mereka.

Selain daripada perubahan pada gaya dan ciri-ciri pintar baharu, para jurutera pembangunan kenderaan di PROTON juga telah membuat pelbagai penambahbaikan kepada kedua-dua kereta yang mampu meningkatkan kualiti dan keseluruhan pengalaman pemilikan.

 


Bagi Proton Iriz, sebanyak 367 penambahbaikan telah dilakukan, manakala untuk Proton Persona pula, sebanyak 303 penambahbaikan telah dibuat pada pelbagai bahagian kereta tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…