Sambil memaklumkan Teheran akan mengumumkan pelan itu dalam masa terdekat, Azizi menambah: "Laluan ini akan terus ditutup kepada pengendali projek yang dipanggil ‘Project Freedom’.”
Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari, mencetuskan tindak balas Teheran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.
Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan.
Sejak 13 April, AS menguatkuasakan sekatan laut yang menyasarkan trafik maritim Iran di selat itu.
Presiden AS, Donald Trump turut mengumumkan 'Project Freedom' pada awal Mei dengan berikrar mengiringi kapal melalui Selat Hormuz walaupun Iran menegaskan bahawa sebarang transit melalui laluan perairan strategik itu memerlukan kelulusan awal Teheran.
Bagaimanapun, Trump kemudiannya mengumumkan penangguhan inisiatif berkenaan.