Irama klasik mampu buatkan EV gerak lebih jauh - kajian Kia

oleh Mohamad Hanif|
Setiap di antara kita mempunyai senarai lagu yang wajib dipasang di dalam kenderaan ketika bergerak, dan terdapat kajian pemilihan muzik sememangnya membantu atau mempengaruhi kelakuan pemanduan kita atas jalan raya.

Menurut Kia, kajian yang dibuat menggunakan model EV6 GT-Line S membuktikan pemilihan muzik yang tepat turut memberikan kesan kepada jarak pemanduan kenderaan elektrik (EV) dalam dunia sebenar.

Model Kia EV6 GT-Line S dipilih kerana ia dilengkapi dengan sistem bunyi Meridian Audio dengan 14 pembesar suara, dan menariknya Kia memanggil sejumlah peserta yang tiada langsung memiliki pengalaman memandu sebuah EV.
 

Kia EV6


Kia meminta peserta untuk memandu EV6 sejauh 29 km merentasi laluan urban, kawasan perjiranan, jalan terbuka serta jalan kampung yang berliku, dan kesemua diminta untuk mendengar senarai lagu yang telah ditetapkan (Tycho – Awake, Adele – Hello, The Weeknd – Blinding Lights, Anna Meredith – Nautilus, Kanye West – Fade, dan Beethoven – Symphony No. 9 in D Minor, Op.125.) pada kelantangan dan tetapan bunyi yang sekata.

Dalam masa yang sama, Kia turut merekodkan data biometrik peserta menggunakan peranti Empatica E4.

Hasil kajian menunjukkan peserta memandu empat kali lebih cekap sekiranya lagu Beethoven dimainkan berbanding lagu-lagu lain dalam senarai, manakala lagu The Weeknd pula menjadikan mereka lebih agresif memandu dan mengurangkan kapasiti bateri dengan lebih cepat.
 

Kia


Kajian ini dipantau oleh Dr. Duncan Williams, seorang pensyarah University of Salford's School of Science, Engineering and Environment, dan beliau juga merupakan seorang pakar dalam bidang akustik, bunyi bising, psikoakustik dan sains bunyi.

Menurut Dr. Duncan, "berdasarkan kajian muzik sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap jarak pemanduan kenderaan elektrik dalam dunia sebenar.

"Lagu yang berbeza mampu menghasilkan aktiviti elektrodermal yang berbeza dan peningkatan jumlah darah untuk setiap peserta. Pendek kata, jika anda mahu pergi lebih jauh, dengarkan lagu klasik yang menenangkan seperti Beethoven.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kebanyakan lagu-lagu yang dimainkan berasal daripada filem-filem bajet rendah, dan adakalanya…