Ipoh terima tiga pusat caj BMW i-Charging

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Warga negara Ipoh hari ini akan mempunyai tiga pusat i-Charging yang pertama di bandaraya tersebut.

Kumpulan BMW Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah memasang tiga stesen caj itu di Hotel Weil untuk membuktikan komitmen jenama premium itu dalam proses memajukan perkhidmatan mobiliti masa hadapan negara.

"Jumlah jualan yang tinggi untuk kenderaan-kenderaan BMW iPerformance kami juga menjadi antara sebab penambahan stesen caj tersebut," ujar Harald Hoelzl, Pegarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia.

 

 

Ini disokong oleh Tan Ka Kin, ketua pengedar untuk Tian Siang Premium Auto yang berkata mereka telah menjual sebanyak 400 unit BMW tahun lalu.

"Dari jumlah tersebut, lebih dari 45 peratus ialah kenderaan hybrid BMW iPerformance dan kami yakin bilangan tersebut akan meningkat," sambung Tan.

Sebelum ini BMW Malaysia dan pengedar mereka di Melaka, Seong Hoe Premium Motors telah pun memasang stesen-stesen pengecaj di Holiday Inn Melaka dan di Equatorial Melaka.

 

 

Di Kuching, pengedar Regas Premium Auto Sarawak telah memasang pusat pengecaj di CityONE Megamall.

Pemilik kenderaan hybrid BMW di Malaysia juga boleh menggunakan rangkaian pengecaj ChargEV di seluruh negara dengan akses 24 jam.

ChargEV ialah usaha Malaysian Green Technology Corporation dan ia mempunyai 270 kemudahan mengecaj di seluruh negara. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW Group Malaysia telah mencatat rekod jualan terbaik untuk separuh tahun 2017 selepas ia menjual…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia kini menjemput orang ramai ke ruang Concourse pusat membeli-belah Bangsar…