Ioniq kini subjenama baharu Hyundai - fokus kepada EV

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diketahui umum sebelum ini, Hyundai telah memperkenalkan model sedan liftback Ioniq yang terdiri daripada varian hibrid, plug-in hybrid dan EV, bermula dari tahun 2016 sehinggalah sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, status model Ioniq tersebut kini naik satu aras menjadi sebuah sub-jenama di bawah Hyundai yang didedikasikan untuk kenderaan elektrik, berdasarkan laporan terbaharu.

Menerusi subjenama Ioniq ini, Hyundai akan memperkenalkan tiga model baharu dalam tempoh empat tahun akan datang, membawakan ciri seperti pengecasan ultra-pantas, ruang kabin yang luas, serta inovasi masa hadapan yang mampu menawarkan pengalaman perjalanan yang terbaik.

 


Tiga model yang dimaksudkan adalah Ioniq 5, Ioniq 6 dan Ioniq 7, di mana nombor genap akan digunakan untuk model sedan manakala nombor ganjil pula untuk model SUV.

Model pertama yang bakal dilancarkan dibawah subjenama Ioniq ini adalah sebuah crossover saiz pertengahan (Ioniq 5) yang dibangunkan berdasarkan Hyundai 45 EV Concept seawal tahun 2021.

Model kedua pula adalah sebuah sedan (Ioniq 6) yang dibina menggunakan asas daripada model konsep Prophecy seperti yang diperlihatkan pada bulan Mac lalu, dan diikuti oleh Ioniq 7 - sebuah SUV bersaiz besar pada tahun 2024.

 


Kesemua model Ioniq bakal dibangunkan atas pelantar Electric Global Modular Platform (E-GMP) yang menyokong keupayaan pengecasan pantas.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang lebih menarik ialah, Hyundai menang dua kali berturut-turut selepas IONIQ 5 menjulang…
Berita Global
Ini bermakna, kilang Ulsan di Korea Selatan tidak lagi akan memasang model-model Ioniq Hybrid,…
Berita Global
Kelibat model ujian Ioniq 5 N telah pun dikesan melata atas jalan raya, dan walaupun ia sarat…