IONIQ 5 EV terlancar - dari RM199,888, jarak gerak sehingga 430km

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan EV modern mereka, Ioniq 5 dengan tiga varian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini ialah model kedua mereka selepas pelancaran Kona EV dan Ioniq adalah model yang mendapat sambutan yang menggalakkan di Eropah dan di US kerana harga dan rekabentuk yang menarik.
 

ioniq 5


IONIQ 5 menggunakan platform Electric Global Modular Platform (E-GMP) yang mampu menyokong prasarana pengecaj 400V dan 800V tanpa memerlukan sebarang komponen tambahan.  Ini bermakna pemilik mampu menggunakan lebih banyak varian pengecaj.

Pengecaj “onboard” 50-kW DC di dalam IONIQ 5 pula mampu mengecaj dari 10 ke 80 peratus dalam masa 47 minit. Pengecaj 11kW AC untuk kediaman pula membolehkan bateri dicaj dari sifar ke 100 peratus dalam masa 6.1 jam.
 

ioniq 5


Harga untuk IONIQ 5 adalah seperti di bawah:

  • IONIQ 5 Lite: RM199,888 (bateri 58.2kWh, jarak gerak 340km)
  • IONIQ 5 Plus: RM229,888 (bateri 58.2kWh, jarak gerak 340km)
  • IONIQ 5 Max: RM259,888 (bateri 72.6kWh, jarak gerak 430km)

IONIQ 5 datang dengan waranti dua tahun atau 50,000km dan waranti khusus untuk bateri selama 8 tahun atau 160,000km.
 

ioniq 5


Pembeli juga boleh membeli pakej waranti tambahan bernilai RM10,000 yang akan memanjangkan tempoh waranti standard kepada 5 tahun atau 100,000km. Waranti bateri tetap sama.

Kos memasang pengecaj pula ialah RM6,000 untuk 7kW AC dan RM7,000 untuk 22kW AC.

Baca: Hyundai IONIQ 5

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…
Berita Global
  Medan ujian itu terletak berhampiran Garisan Artik dan menawarkan pelbagai keadaan seperti…