Intruder - motosikal pelik Suzuki India

oleh HEZERI SAMSURI|
Intruder untuk Suzuki ialah umpama Vulcan untuk Kawasaki dan Virago untuk Yamaha.

Ia adalah genre cruiser, dan ia memang sebuah motosikal yang bergaya klasik dan mempunyai elemen easy-rider dari Harley Davidson.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, cruiser Jepun dengan enjin yang besar sukar untuk menandingi populariti Harley-Davidson, dan pengeluar-pengeluar itu menghasilkan varian-varian dengan enjin yang kecil.

Antara yang pernah popular di Malaysia ialah Kawasaki Eliminator 250, Yamaha Virago 250 dan Modenas Jaguh 175. Kesemua model-model itu sudah ditamatkan pengeluarannya dan menggantikannya (di Malaysia) ialah jenama-jenama dari China.

Di India, Suzuki bagaimanapun masih menjual model cruiser kecil dengan enjin 155cc - Suzuki Intruder.

 

 

Kuasa maksimum ialah pada 13.6 PS dan daya kilas ialah 13.8 Nm. Transmisi ialah 5-kelajuan dan sistem brek lengkap dengan ABS pada roda hadapan.

Bentuknya yang unik itu tidak mudah untuk diterima ramai di Malaysia, tetapi ia diterima di negara India. Ia diperkenalkan dalam tahun 2017 dan menerima update terkini dalam tahun 2019. 

Paparan meter ialah digital sepenuhnya dan lampu belakang ialah dari jenis LED.

 

 

Walaupun cuma enjin 155 cc silinder tunggal SOHC dengan sejukan udara dan sistem pancitan bahan api, ia dilengkapi dengan ekzos berkembar ditutupi dengan panel plastik futuristik.

Tangki ialah sebesar 11 liter dan berat basah ialah 152 kg.

Lampu ala Suzuki Marauder itu digandingkan dengan bar hendal yang lebih sesuai dipasang pada sebuah skuter atau kapchai.

Madgad belakang pula lebih besar dari tayar dan ekzos berkembar itu sebenarnya melebar ke sisi.

Cantik atau tidak, terpulang kepada individu tetapi kami rasa ini ialah satu model yang Suzuki Motorcycle Malaysia tak perlu bawa masuk.

Untuk memuat turun risalah produk Intruder, tekan pautan ini - Suzuki Intruder India. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…