Intipan - adakah ini Isuzu D-Max generasi ketiga?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah agak lama Isuzu D-Max generasi kedua berada di pasaran sejak tahun 2012 tanpa sebarang perubahan yang ketara dan ia mungkin akan berubah sedikit masa lagi. 

Laman web automotif CarScoops baru-baru ini mengesan sebuah unit ujian trak pikap D-Max sedang diuji di kawasan bersalji Sweeden, berkemungkinan besar ia adalah D-Max generasi ketiga. 

Berdasarkan gambar yang dibekalkan, Isuzu bakal mendatangkan perubahan dari segi luaran, seperti penampilan gril hadapan yang lebih besar, lampu utama dengan DRL terbina dalam dan bumper yang diberikan nafas baharu.
 


Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ruang kabin untuk penumpang belakang juga dilihat telah diperbesarkan berdasarkan panjang pintu belakang yang telah ditambah. 

Bagi pasaran Eropah, penggunaan enjin turbodiesel empat silinder 1.9 liter (161 hp/360 Nm) dijangka akan diteruskan pada model generasi ketiga ini. 

Baca: Enjin RZ4E-TC Ddi BluePower 1.9 liter di KLIMS

Manakala bagi pasaran Asia, Afrika dan Australia, enjin sedia ada berkapasiti 2.5 liter dan 3.0 liter turbodiesel juga akan diteruskan namun dengan penambahbaikan dari segi kuasa output. 
 


Menariknya, Isuzu D-Max ini juga bakal menjadi model asas kepada pembangunan trak pikap Mazda BT-50 setelah kerjasama dengan pembuat trak pikap Ranger tidak lagi diteruskan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Global
Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk merakamkan gambar Volkswagen Golf 2020 (…
Berita Global
Kita sudah pun melihat dengan lebih dekat bagaimana Toyota HiAce generasi baharu bakal mengambil…