Intip: Kia sedang uji Carnival versi hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di Korea Selatan, Kia dilapor sedang menguji model MPV Kia Carnival yang dilengkapi dengan trenkuasa hibrid berdasarkan unit prototaip tanpa pelekat samaran yang ditemukan oleh ShortsCar.

Menurut laporan daripada The Korean Car Blog, unit ujian tersebut tidak mempunyai sebarang emblem atau slot pengecasan pada bahagian kiri dan kanan kereta, membuktikan ia bukan sebuah kenderaan plug-in hybrid.
 

Kia


Sementara di bahagian belakang pula, ia menampilkan tip ekzos tunggal yang bukan ciri standard untuk Kia Carnival, di mana ia diposisikan sama seperti model Kia Sorento Hybrid.

Laman web Korea Selatan itu turut mendakwa Kia Carnival Hybrid bakal dilancarkan di sana pada tahun depan, serentak dengan pelancaran SUV elektrik Kia EV9.
 

Kia


Dari segi trenkuasa, ia dijangka membawakan tetapan yang sama seperti Kia Sorento Hybrid, dengan enjin Smartstream 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik tunggal, menghasilkan kuasa setinggi 227 hp/350 Nm dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan sistem pacuan roda depan sahaja, disebabkan rekaan lantai belakang unik Kia Carnival yang tidak mampu menyokong sistem pacuan semua roda.

Sumber: The Korean Car Blog

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Secara tidak langsung, ia mampu mengenepikan model-model minivan kotak yang kerap bermaharajalela…
Berita Global
Menurut kenyataan daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), ia…
Berita Global
Sekali imbas, rekaan Zeekr 009 ini mengingatkan kita kepada model Kia Carnival baharu, namun dengan…